Selangor Perlu Rangka Pelan Komprehensif Tangani Banjir:Sultan Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Selangor meminta satu pelan tindakan komprehensif bagi menangani masalah banjir di negeri tersebut diwujudkan memandangkan tindakan sedia ada tidak lagi efektif untuk diguna pakai dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah turut mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan dana awam yang mana wang tersebut boleh dikeluarkan untuk tujuan bantuan kecemasan kepada mangsa terlibat.

Baginda menyuarakan rasa sedih apabila mangsa-mangsa banjir, kebakaran dan tragedi lain dibebani masalah kewangan selepas kehilangan tempat tingggal dan orang tersayang.

Susulan itu, baginda menyedari keperluan untuk merangka pelan komprehensif dalam menangani banjir di Selangor selepas bencana tersebut menimpa Johor pada 2006 dan 2007.

"Beta telah menulis surat mengenai kebimbangan terhadap perkara ini. Surat itu ditulis kepada bekas dan Perdana Menteri ketika ini termasuk Menteri Besar Selangor.

"Beta tidak akan berdiam diri. Sebagai Sultan, beta boleh menasihati, memberi amaran tetapi tidak boleh memaksa mereka melakukan sesuatu. Beta tahu hadnya," titah baginda dalam temu bual bersama The Star sempena ulang tahun kelahiran ke-66 esok.

Pada tahun ini, Sultan Selangor turut diraikan sempena 10 tahun pemerintahan baginda.

Baginda bertitah, Selangor dan Lembah Klang seharusnya memiliki pelan menangani banjir dan sistem saliran yang baik pada saat genting ini.

"Kita perlu lebih serius dalam perkara ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin menitahkan supaya rakyat turut memainkan peranan dengan tidak membuang sampah-sarap ke dalam sistem perparitan dan saliran.

Parit tersumbat dikenal pasti sebagai salah satu punca yang menyebabkan banjir berlaku.

Kajian awal menunjukkan banjir di Kajang bulan lalu berpunca daripada jambatan yang rendah memerangkap sampah sarap seperti kayu dan plastik di bawah jambatan hingga mengganggu kelancaran aliran.

Pada pilihan raya akan datang, Sultan Sharafuddin tidak membenarkan sesiapa saja yang menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik.

"Jangan heret beta dalam politik. Ya, situasi ini pernah berlaku.

"Sebelum ini, istana lebih diplomatik. Kini, beta tidak akan membiarkan perkara ini berulang lagi," titahnya.

Selaku ketua negeri, Sultan Sharafuddin bertitah baginda tidak menyebelahi mana-mana parti.

"Beta tidak mengundi. Hakikatnya,beta tidak pernah mengundi. Biarlah rakyat yang menentukan pemimpin pilihan mereka. Beta tidak meminati politik," titah baginda.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan