Raptai Keberangkatan Yang Di-Pertuan Agong Lancar

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Raptai penuh kebarangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sejauh 5.3 kilometer pagi ini berjalan lancar.

Raptai bermula dengan keberangkatan baginda berdua ke anjung Istana Anak Bukit kira-kira 6.50 pagi.

Setiba baginda di anjung Istana diadakan bacaan doa selamat, azan dilaungkan dan nobat 'Raja Berangkat' dimainkan.

Mengikut atur cara jadual, baginda berdua akan berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada pukul 7.30 pagi.

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih menjadi Yang diPertuan Agong ke-14 menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin,, mulai Selasa ini.

Di Lapangan Terbang, baginda akan memeriksa pasukan kawalan kehormatan DiRaja terdiri daripada 103 pegawai dan anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja dan kemudian tembakan meriam 21 das dilepaskan oleh pasukan Rejimen Artileri dari Taiping, Perak.

Selepas pemeriksan kawalan kehormatan sekali lagi doa selamat dibacakan dan lagu 'Negaraku' dimainkan sebelum baginda berdua menaiki pesawat MAS ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan