Prasarana Tinjau Jalin Kerjasama Dengan Pesaing

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali bas henti-henti terbesar Malaysia, Syarikat Prasarana Negara Bhd, akan menerajui kerjasama strategik dengan pesaingnya dalam usaha yang sama seperti konsep perkongsian kod dalam perniagaan syarikat penerbangan serta kerjasama 'strategi lautan biru' antara pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Pengarah Urusan kumpulannya, Datuk Shahril Mokhtar berkata langkah itu bukan sahaja demi kepentingan semua syarikat bas untuk kemampanan perniagaan tetapi yang lebih penting lagi, akan terus meningkatkan taraf perkhidmatan bas awam di Lembah Klang.

"Prasarana telah memulakan perbincangan di peringkat atas dan kerja dengan Setara Jaya Sdn Bhd dan Syarikat Len Seng Sdn Bhd dan berharap untuk melanjutkan kerjasama dengan syarikat-syarikat bas lain di Lembah Klang," katanya.

Shahril berkata, walaupun pihak-pihak yang terlibat masih belum berbincang mengenai mekanisme strategik dan khusus, skop akan termasuk aspek operasi dan aspek-aspek perniagaan.

"Dari segi operasi, kami meninjau penjadualan dan jadual waktu bersama, perkongsian infrastruktur dan tenaga kerja, waktu operasi seragam bagi laluan berkepadatan tinggi dan rendah, struktur tambang standard, prosedur operasi standard dan pertukaran pengetahuan industri," katanya.

Dari segi kerjasama perniagaan, pihak yang terlibat berhasrat untuk bekerjasama rapat dalam bidang pajakan bas, integrasi sistem tiket, perkongsian laluan, penyelenggaraan bas dan penglibatan perkongsian dengan orang ramai, katanya.

Beliau berkata kerjasama pengusaha bas utama di Lembah Klang akan meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan dan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Kerjasama seperti itu, katanya, akan menghasilkan ekonomi yang menguntungkan dalam operasi, termasuk pengurangan kos.

"Dari segi faedah sosial, ia akan meningkatkan ketepatan masa, kekerapan perjalanan dan kebolehpercayaan," katanya. Pada masa ini, terdapat 14 bas henti-henti di Lembah Klang termasuk syarikat milik Prasarana, RapidKL, yang merupakan pengendali terbesar dari segi saiz kumpulan dan liputan operasi.

Dengan jumlah 1,488 bas, rangkaian RapidKL meliputi 166 laluan dan 980 kawasan perumahan.

Ia juga mengendalikan RapidPenang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan