Pengakuan Guan Eng Bukti Tuduhan Pembangkang Tidak Benar

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Pengakuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai kapal selam milik Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) mampu menyelam dan aset pertahanan itu diperlukan negara membuktikan tuduhan pembangkang terhadap kerajaan tidak benar.

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pengakuan Lim itu berlawanan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan terutama oleh DAP terhadap kerajaan selama tiga tahun sejak pembelian aset pertahanan tersebut.

"Dalam tempoh tiga tahun DAP berusaha memutarbelitkan isu pembelian kapal selam negara tetapi setelah diberi peluang belayar dalam KD Tun Razak semalam baru beliau mahu mengakui keperluannya.

"Ini adalah satu contoh apa yang dibuat kerajaan perlu diiktiraf. Keselamatan negara bukan perkara main-main," kata Mahdzir kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia peringkat Parlimen Padang Terap di sini, Sabtu sebagai mengulas pengakuan Lim semalam.

Lim yang juga setiausaha agung DAP bersama dua timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan P. Ramasamy diberi peluang menyelam selama satu setengah jam bersama kapal selam kedua negara itu.

Mengenai pengakuan seorang pemimpin PAS Kelantan bahawa parti itu hanya membina sebuah masjid selama 20 tahun memerintah Kelantan, Mahdzir berkata beliau hairan dan pelik dengan pengakuan tersebut.

Mengenai program jalur lebar untuk daerah Padang Terap, Mahdzir berkata Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) bersetuju mengeluarkan tender pembinaan 22 menara pemancar tahun depan.

Projek tersebut akan memberi liputan lebih meluas termasuk 3G selain menjayakan rancangan jangka panjang 'kampung tanpa wayar' untuk memudahkan setiap isi rumah mengakses internet dengan mudah, katanya.

Mahdzir menambah SKMM dijangka mengagihkan netbook dalam fasa berikutnya mulai Februari tahun depan setelah mengagihkan 2,000 unit kepada pelajar di Padang Terap tahun ini.

Karnival dua hari itu dianjurkan bersama pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang dan SKMM.

Turut hadir ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dan pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd Hussin Ali. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan