KPT Galak NGO, Swasta Anjur Pameran Pendidikan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggalakkan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta untuk menganjurkan pameran pendidikan bagi memberi maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan tinggi di dalam dalam luar negara.

Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Piawaian Sektor Pengurusan Insitusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) kementerian itu Rusli Harun berkata ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berpendidikan tinggi.

"Ini merupakan satu insiatif yang harus dilakukan bersama antara kementerian dan pihak swasta serta NGO dalam mencapai status negara maju serta berpendapatan tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran pendidikan anjuran Facon Sdn Bhd di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sini, Sabtu.

Beliau berkata kementerian dalam proses menetapkan sekurang-kurang 40 peratus rakyat Malaysia yang berumur antara 17 hingga 23 tahun boleh mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

"Jika dibandingkan dengan Korea mereka telah mencapai sasaran 80 peratus, dan kita masih lagi meneruskan usaha-usaha bersepadu ke arah mencapai 40 peratus dalam IPTA dan IPTS," katanya.

Mengenai pameran dua hari itu, Rusli berkata ia merupakan platform untuk pelajar mendapatkan maklumat bagi melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan