Jangan Politikkan Perpustakaan Raja Tun Uda: Sultan Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu Perpustakaan Raja Tun Uda yang diilhamkan baginda dipolitikkan daripada segi pentadbiran mahupun penggunaannya.

Baginda bertitah anggota Lembaga Pengarah perpustakaan itu harus memberi pandangan, pendapat dan nasihat berguna bagi meninggikan status perpustakaan baru itu agar menjadi sebuah entiti yang boleh dibanggakan rakyat negeri itu.

"Harapan beta dengan adanya perpustakaan ini, rakyat Selangor akan sentiasa aktif untuk mencari lebih banyak ilmu pengetahuan di samping mempunyai pemikiran waras dan matang serta mempunyai cita-cita tinggi.

"Janganlah hendaknya masyarakat berpendapat bahawa perpustakaan sebagai satu tempat yang membosankan tetapi sebaliknya dilihat sebagai tempat yang begitu bernilai serta berharga yang akan menjadi khazanah kelak," titah baginda ketika merasmikan bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, Sabtu.

Sultan Sharafuddin menyarankan kerajaan negeri, pihak swasta dan tokoh-tokoh korporat menyumbang peruntukan kepada perpustakaan itu bagi meningkatkan koleksi buku dan bahan-bahan rujukan.

Baginda turut melahirkan rasa puas hatinya dengan koleksi bahan bacaan serta sistem susun atur di kesemua rak perpustakaan itu yang boleh memuatkan 400,000 naskah buku pada satu-satu masa.

"Jumlah terkini koleksi buku adalah sekitar 190,000 naskhah sahaja dan ia boleh ditambah dari semasa ke semasa bagi mempelbagaikan pilihan bagi pengunjung yang mencari rujukan dalam sesuatu subjek," titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut mengumumkan akan mengurniakan 1,200 naskah buku bacaan peribadinya kepada perpustakaan itu yang antara lain merangkumi subjek kepimpinan di dalam politik, sejarah, ketenteraan, sukan, muzik, seni dan perniagaan.

Titah baginda, pada peringkat permulaan, baginda akan mengurniakan 509 naskhah manakala selebihnya dikurniakan secara berperingkat sehingga selesai keseluruhannya pada Mac tahun depan.

Perpustakaan Raja Tun Uda yang berkonsepkan "Perpustakaan Dalam Taman" dibina atas tapak berkeluasan 203,500 kaki persegi dengan anggaran kos RM70 juta termasuk kos reka bentuk dan prasarana dalaman.

Pembinaan perpustakaan itu dicetuskan Sultan Selangor ketika kerajaan Selangor terdahulu mengisytiharkan Selangor sebagai negeri maju pada 2005.

Bangunan baru setinggi enam tingkat yang mampu menempatkan seramai 2,500 orang pada satu-satu masa itu dibuka kepada orang ramai mulai 22 Julai lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan