Inisiatif Transformasi Sesuatu Yang Diingini Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Segala program transformasi yang dilaksanakan tidak boleh dilihat sebagai inisiatif kerajaan semata-mata sebaliknya sesuatu yang dikehendaki rakyat untuk melonjakkan mereka ke arah kemajuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dalam memperkenalkan pelbagai inisitif transformasi, kerajaan mengambil kira kemahuan rakyat untuk memastikan penyertaan mereka dalam pembangunan negara.

"Segala inisiatif yang diambil oleh kerajaan hanya akan lebih kukuh jika disertai oleh rakyat, tidak mungkin transformasi yang dilaksanakan berjaya jika inisiatif ini hanya dilihat sebagai inisiatif kerajaan semata-mata," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat Malaysia di Perth di sini malam tadi.

Hadir sama Konsul Besar Malaysia di Perth, Hamidah Ashari dan Pengerusi Kelab UMNO Perth, Dr Isharudin Mad Isa.

Muhyiddin berkata, segala inisiatif transformasi dilaksanakan kerajaan kerana yakin dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, rakyat Malaysia telah mencapai tahap yang lebih matang untuk menerima perubahan berbanding 10 tahun lepas.

"Rakyat Malaysia kini lebih tahu hak, dan keutamaan mereka untuk memastikan masa depan mereka lebih terjamin dalam sistem demokrasi yang hidup dan rakyat dapat menyertai dalam membuat keputusan untuk negara," katanya.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Muhyiddin berkata ia perlu bertindak meluaskan kuasa yang ada untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat pada masa hadapan.

Katanya manfaat dasar transformasi kerajaan telah memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat yang boleh dilihat dalam kebanyakan program yang telah dilaksanakan.

Malah katanya semua program transformasi yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menetapkan tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah mencapai atau melepasi tahap sasaran yang ditetapkan kerajaan.

Tujuh NKRA itu termasuk memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, menambah baik pengangkutan awam dan mengurangkan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

"Alhamdulillah, segala langkah yang telah dimulakan seperti transformasi kerajaan menerusi pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sudah digerakkan dan kesemuanya telah mencatat kemajuan yang luar biasa.

"Saya berasa suka cita apabila kesemuanya telah melepasi saranan yang ditetapkan. Namun kita sedar ekonomi kita harus terus rancak dan cabaran ini sangat besar sekali," katanya.

Muhyiddin dalam ucapannya turut mengingatkan rakyat Malaysia di Australia agar sentiasa menjaga nilai-nilai warisan dan budaya bagi memastikan kesatuan rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat terus dikekalkan.

Terdahulu, Muhyiddin turut meluangkan masa bertemu 11 orang pemimpin pelajar yang mewakili Kelab Umno di Australia dan New Newland.

Pada masa kini terdapat kira-kira 20,000 rakyat Malaysia di Perth, di mana 3,000 daripadanya adalah pelajar.

Majlis itu mengakhiri lawatan kerja tiga hari Muhyiddin ke Canberra dan Perth yang bermula 7 Disember lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan