Golongan OKU Kecewa Keputusan AirAsia Tidak Mahu Guna Jambatan Aero Di KLIA2

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan orang kelainan upaya (OKU) sangat kecewa dengan kenyataan AirAsia bahawa syarikat itu tidak akan menggunakan jambatan udara di KLIA2 apabila lapangan terbang itu siap kelak.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini Sabtu, NGO itu meminta AirAsia supaya tidak mengenepikan keperluan penumpangnya, terutama golongan OKU, golongan tua, wanita mengandung dan kanak-kanak.

"Jambatan udara bukan sahaja perlu tetapi penting untuk mengurangkan masalah mobiliti dan meningkatkan keselamatan, dan keselesaan kesemua penumpang di dalam semua keadaan cuaca," katanya.

Kesemua NGO itu turut menyeru pihak berkuasa supaya menjadi mandatori bagi kesemua syarikat penerbangan, yang termasuk syarikat penerbangan tambang rendah menggunakan jambatan udara di lapangan terbang yang disediakan kemudahan itu.

Sementara itu, NGO berkenaan menyambut baik keputusan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) untuk memasang jambatan udara di KLIA2 bagi kemudahan semua pihak.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada MAHB kerana mendengar dan menimbangkan keluhan rakyat seperti kami, individu OKU," katanya.

NGO itu ialah Persatuan DAMAI Orang-Orang Kurang Upaya Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Mobiliti Kuala Lumpur & Selangor, Persatuan Kristian Shuang Fu untuk Orang Kurang Upaya, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia dan Persatuan Kecederaan Spina Malaysia.

Pusat Maju Diri Y Bagi Orang-Orang Pekak (YMCA), Barrier-free Environment and Accessible Transport (BEAT), United Voice (Self Advocacy Society of Persons with Learning Disabilities Selangor & Kuala Lumpur), Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia dan Challenges Magazine. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan