Celcom Yakin Lepasi Paras RM2 Bilion Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd yang mencatatkan pendapatan RM1.8 bilion dalam suku ketiganya tahun ini, yakin mencapai pendapatan lebih RM2 bilion.

"Pada kadar perkembangan Celcom Axiata sekarang, kami yakin dapat mencapai paras lebih RM2 bilion setiap suku tidak lama lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Shazalli berkata, pertumbuhan pendapatan disumbang terutamanya daripada kempen penyedaran semula suara dan perkhidmatan bukan suara, yang disokong oleh penawaran produk pintar.

"Pendapatan suara menunjukkan peningkatan 3.5 peratus suku-ke-suku meskipun aliran ke arah meningkatkan komunikasi berpusatkan data," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena pengumuman keputusan suku ketiganya di sini.

Shazalli menambah, jumlah pelanggan jalur lebar mudah alih Celcom terus meningkat, melepasi paras 900,000 pelanggan dengan pertambahan 15 peratus lagi pengguna daripada tahun lepas, mengesahkan kedudukan syarikat sebagai penyedia jalur lebar mudah alih utama negara. Beliau berkata, syarikat itu memperuntukkan RM900 juta bagi perbelanjaan modal untuk tahun depan, menumpukan terutamanya kepada pengukuhan rangkaian dan keupayaan teknologi maklumat selaras dengan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah.

"Tahun depan, kami juga mahu meningkatkan perniagaan kandungan kami terutamanya bagi golongan berusia dan melihat permintaan besar terutamanya dalam aktiviti muat turun, manakala pada masa yang sama mengkaji semula strategi perniagaan kami bagi perniagaan bukan suara untuk terus bersaing dalam pasaran," katanya.

Dalam usaha mempercepatkan permodenan rangkaian, Shazalli berkata, Celcom, seperti peserta lain sudah bersedia untuk menaik taraf perkhidmatan rangkaiannya daripada generasi ketiga (3G) kepada 4G.

Beliau berkata, syarikat itu masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mengenai perniagaan pengendali rangkaian maya mudah alihnya, Shazalli berkata syarikat itu juga menyasar menyediakan perkhidmatan bukan suara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan