Aliran Kontra Di Lebuhraya Persekutuan II Bermula Selasa Ini

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran kontra akan diaktifkan di Lebuhraya Persekutuan II arah Petaling Jaya/Shah Alam bagi membantu meninimumkan impak aliran trafik semasa projek pemulihan turapan mulai 13 Disember hingga 2 Januari ini.

Menurut Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (KL) Barat Sdn Bhd (Sprint), semasa projek pemulihan itu, lorong perlahan (kiri) dan lorong tengah akan ditutup di Kilometer 5.7 hingga 5.9 dan hanya lorong kanan (laju) akan dibuka.

"Pengguna yang menuju ke arah Petaling Jaya/Shah Alam diminta menggunakan lorong kanan sementara mereka yang menuju ke Kuala Lumpur perlu menggunakan lorong kiri sewaktu menghampiri zon kawasan kerja berkenaan," kata Sprint dalam kenyataan di sini Jumaat.

Menurut kenyataan itu, lokasi masuk ke aliran kontra itu dicadangkan bermula pada Kilometer 5.5 (berhadapan RTM) dan lokasi keluar pada Kilometer 6.1 iaitu berhadapan Menara Telekom.

Aliran kontra itu akan bermula dari pukul 11 malam hingga 6 pagi pada tempoh pemulihan tersebut dan pengguna lebuh raya itu diminta mematuhi papan-papan tanda yang disediakan bagi memastikan kelancaran trafik. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan