Zeti Nafi Laporan Nomura Mengenai Pendedahan Bank-Bank Eropah Terhadap Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada Jumaat menafikan pendedahan bank-bank Eropah ke atas Malaysia membabitkan AS$50 bilion (RM155 bilion) atau kira-kira 19 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

"Maklumat ini tidak tepat. Apa yang saya ingin tegaskan ialah bank-bank asing kita diperbadankan dalam negara dan oleh itu mereka kurang terdedah berbanding tempat lain di mana mereka tidak diperbadankan dalam negara.

"Kami akan mengumumkan angkanya memandangkan laporan itu tidak betul. Ia kurang daripada lima peratus, angkanya sangat rendah," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas mengenai isu itu selepas melancarkan MobileLink bank pusat itu di sini Jumaat.

Ahli ekonomi di Nomura International, sebuah syarikat pengurusan aset, menyatakan baru-baru ini bagawa Malaysia merupakan antara ekonomi yang akan menjadi paling lemah memandangkan ia berada dalam kumpulan ekonomi yang lemah.

Beliau juga berkata Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia, tidak termasuk Jepun, dari segi pendedahan terhadap tuntutan bank Eropah, selepas Hong Kong dan Singapura, yang bermakna menghadapi masalah kecairan jika bank-bank Eropah mula mengurangkan pendedahan mereka ke rantau ini.

Dalam perkembangan lain, Zeti juga menggesa orang ramai supaya membuat laporan kepada bank pusat dan polis mengenai aktiviti penipuan.

"Kami tidak mahu menunggu sehingga ia menjadi serius untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kewujudan aktiviti penipuan ini. Ia bukan sekadar memaklumkan bahawa kami tidak terlibat, malah terdapat orang ramai yang berada dalam aliran perdana kewangan, menyertai skim penipuan itu.

"Mereka tidak mempunyai pengetahuan bahawa ada antaranya merupakan aktiviti penipuan," katanya.

Zeti juga berkata terdapat banyak produk kekayaan kewangan dan banyak yang tidak betul.

"Ada kalanya mereka menggunakan surat kepala Bank Negara dan nama pegawai kanan Bank Negara. Semua ini boleh didakwa (di mahkamah) dan orang ramai perlu melaporkannya kepada Bank Negara dan polis," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan