Tony Fernandes Nafi Tinggalkan AirAsia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan yang beliau akan meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam waktu yang terdekat ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AirAsia, kenyataan Tony hanya merujuk pada aspirasi dan jangkaan terhadap penggantinya sekiranya beliau mengambil keputusan untuk bersara pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif Kumpulan kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melepaskan kepimpinan beliau daripada syarikat ‘tidak lama lagi’,” kata kenyataan itu.

Kenyataan penafian AirAsia merujuk pada laporan Bernama pada Khamis yang membayangkan Tony mungkin meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Dalam laporan Bernama itu juga menjelaskan kenyataan Tony pada majlis ulang tahun syarikat ke-10 bahawa AirAsia boleh menjangkakan kepimpinan baru tidak lama lagi meskipun tanpa memberikan garis masa yang sebenar berhubung perkara tersebut.

Laporan itu turut menyebut kenyataan yang dibuat oleh Tony dengan mengatakan “....kami bertiga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.” (“…the three of us have plenty of things to do.”) membabitkan Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Kamarudin Meranun.

Menurut AirAsia, kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga pihak berkenaan sebenarnya akan terus berusaha untuk mencari lebih banyak peluang demi syarikat penerbangan itu menerusi kepimpinan mereka bagi tahun-tahun yang mendatang.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan