TNB, PLN Wujud Perkongsian Strategik RM1.2 Bilion Bekal Tenaga Elektrik

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEDAN: Pembinaan projek kabel elektrik yang bernilai RM1.2 bilion berhampiran Telok Gong, Alor Gajah mampu mewujudkan perkongsian strategik penggunaan tenaga antara Melaka dan Sumatera.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata projek berkenaan merupakan kerjasama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Perusahaan Listrik Nasional (PLN).

Beliau berkata, projek yang sudah dipersetujui antara kedua-dua pihak pada tahun lepas itu akan dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu fasa pertama dijadual bermula pada tahun 2014, dan dijangka siap pada 2017.

Katanya bagi fasa pertama, projek berkenaan yang juga satu daripada program pelan induk kedua-dua negara terbabit, bakal menjana bekalan elektrik sehingga 300 megawatt dan 600 megawatt untuk fasa kedua.

"Projek ini salah satu program pelan induk antara Melaka dan Sumatera, dan melalui kerjasama ini, kita tidak perlu wujudkan banyak stesen janakuasa elektrik kerana kedua-dua wilayah boleh berkongsi kuasa elektrik," katanya kepada pemberita selepas Forum Gabenor dan Ketua Menteri Ke-8 sempena Persidangan Indonesia-Malaysia-Thailand Segi Tiga Pertumbuhan (IMT-GT) di Medan, Indonesia.

Mohd Ali berkata, selain itu, projek itu akan membolehkan kedua-dua kawasan berkongsi dan menerima tenaga elektrik tanpa perlu meningkatkan bekalan kuasa elektrik, terutama ketika tempoh beban puncak setiap hari.

Beliau berkata menerusi projek itu juga, tenaga elektrik di Teluk Gong yang tidak digunakan pada waktu malam akan dibekalkan ke Sumatera manakala pada siangnya, giliran Sumatera pula membekal elektrik untuk kegunaan di Semenanjung melalui Telok Gong.

"Kerjasama itu dilihat dapat memwujudkan keadaan sama-sama menang kepada kedua-dua wilayah, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi di Semenanjung Pantai Barat dan Sumatera, termasuk sepanjang pesisiran Selat Melaka," katanya.

Katanya selain pembinaan kabel elektrik, satu lagi projek utama yang bakal dibangunkan membabitkan Indonesia ialah pembinaan terminal perkhidmatan feri dari Melaka ke Dumai.

Beliau berkata pelaksanaan projek terminal perkhidmatan itu yang lebih dikenali "RoRo" (Roll on-Roll off) di Tanjung Bruas, di tukar ke Klebang.

Terminal perkhidmatan di Klebang akan mengambil sedikit masa disebabkan pada masa ini kerja penambakan pasir laut di kawasan itu belum selesai, katanya.

Forum IMT-GT itu dihadiri kira-kira 500 peserta dari tiga buah negara berkenaan, dirasmikan oleh Gabenor Sumatera Utara H. Gatot Pujonugroho dan turut hadir adaah Ketua Majlis Usahasama Perniagaan Thailand, Bonchuay Chansiliwathana Thamrong.

IMTGT merangkumi lapan negeri di Malaysia, 14 wilayah di Thailand dan 10 di Indonesia dengan gabungan penduduk seramai 80.5 juta orang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan