The Star, Air Asia Jalin Usahasama

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri)Datuk Seri Wong Chun Wai, Ho Kay Tat, Datuk Vincent Lee dan Tan Sri Tony Fernandes berjabat mesra selepas memeterai perjanjian di Menara Star, Petaling Jaya pada Jumaat. - Foto THE STAR/KAMARUL ARIFFIN.
(Dari kiri)Datuk Seri Wong Chun Wai, Ho Kay Tat, Datuk Vincent Lee dan Tan Sri Tony Fernandes berjabat mesra selepas memeterai perjanjian di Menara Star, Petaling Jaya pada Jumaat. - Foto THE STAR/KAMARUL ARIFFIN.

PETALING JAYA: Star Publications (M) Berhad dan Air Asia Berhad mempertingkatkan lagi hubungan erat menerusi perkongsian bijak dengan penggembelingan produk berkualiti yang ditawarkan antara kedua-dua syarikat gergasi tersebut kepada para pengguna.

Antara pelan cadangan adalah perkongsian bahan kandungan yang membolehkan Air Asia memperoleh akses kepada perisian kandungan kumpulan media The Star untuk disalurkan melalui hiburan dalam penerbangan sama ada secara dalam atau luar talian di samping medium anak syarikatnya, Tune Group.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan The Star Publications, Ho Kay Tat, Star Publications menerbitkan bahan berkualiti pada setiap hari dan ia boleh didapati menerusi semua platfrom dan saluran yang ditawarkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai perjanjian itu dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan Januari 2012.

"Dengan kolaborasi ini, bahan kandungan yang kami tawarkan berpotensi mencapai sasaran pasaran baru dan memperkayakan lagi pengalaman para pengguna rakan kongsi strategik," katanya selepas menandatangani perjanjian itu di ibu pejabat Star Publications (M) Berhad di sini, Jumaat.

Hadir sama, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan The Star, Datuk Vincent Lee, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Kata Kay Tat, permulaan kolaborasi bakal menyentuh peluang-peluang yang diperoleh hasil perkongsian kedua-dua syarikat berkenaan sebelum meneroka perspektif baru.

"Kami melihat kepada perspektif segar pada model kolaborasi tradisional yang bergerak lebih dari sekadar pertukaran maklumat malah satu usahasama lebih strategik ke arah pembangunan jangka panjang," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes berkata, beliau percaya kedua-dua pihak berkongsi cita-cita sama dalam meneroka peluang inovasi teknologi dalam menyalurkan maklumat di luar medium konvensional.

"Kami sudah lama ingin memberikan perisian kandungan berkualiti kepada pelanggan Air Asia dan ini adalah peluang besar untuk bekerjasama dengan pakar (The Star) yang merupakan syarikat media utama dengan pengedaran kukuh," ujarnya.

Star Publications baru-baru ini melaksanakan program perkembangan agresif dengan pemerolehan Li TV Asia Sdn Bhd, Capital FM, 4.99 peratus dalam Catcha Media dan yang terkini, Red Tomato, akhbar mingguan percuma berbahasa Cina.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan