Syarikat Bas Bentuk Kerjasama Hadapi Cabaran Untuk Terus Hidup

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali operasi bas henti-henti terbesar Malaysia - Syarikat Prasarana Negara Bhd - akan menerajui satu kerjasama strategik dengan pesaingnya dalam usaha yang sama seperti konsep perkongsian kod dalam perniagaan syarikat penerbangan.

Mereka juga sedang melihat bagaimana untuk membentuk kerjasama 'strategi lautan biru' antara pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Jumaat, Pengarah Urusan kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar berkata, langkah itu bukan sahaja demi kepentingan semua syarikat bas untuk kemampanan perniagaan tetapi yang lebih penting lagi, akan terus meningkatkan taraf perkhidmatan bas awam di Lembah Klang.

"Prasarana telah memulakan perbincangan di peringkat atas dan kerja dengan Setara Jaya Sdn Bhd dan Syarikat Len Seng Sdn Bhd dan berharap untuk melanjutkan kerjasama dengan syarikat-syarikat bas lain di Lembah Klang," katanya.

Shahril berkata, walaupun pihak-pihak yang terlibat masih belum berbincang mengenai mekanisme strategik dan khusus tetapi skop kerjasama itu antara lain termasuklah dalam aspek-aspek operasi dan perniagaan.

"Dari segi operasi, kami sedang meninjau penjadualan dan jadual waktu bersama, perkongsian infrastruktur dan tenaga kerja, waktu operasi seragam bagi laluan berkepadatan tinggi dan rendah, struktur tambang standard, prosedur operasi standard dan pertukaran pengetahuan industri," katanya.

Dari segi kerjasama perniagaan, pihak yang terlibat berhasrat untuk bekerjasama rapat dalam bidang pajakan bas, integrasi sistem tiket, perkongsian laluan, penyelenggaraan bas dan penglibatan perkongsian dengan orang ramai, katanya.

Beliau menambah, melalui kerjasama pengusaha bas utama di Lembah Klang, mereka berharap akan dapat meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan dan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Kerjasama seperti itu, katanya, akan menghasilkan ekonomi yang menguntungkan dalam operasi, termasuk pengurangan kos.

"Dari segi faedah sosial, ia akan meningkatkan ketepatan masa, kekerapan perjalanan dan kebolehpercayaan," katanya.

Pada masa ini, terdapat 14 syarikat bas berhenti-henti di Lembah Klang termasuk syarikat milik Prasarana iaitu RapidKL, yang merupakan pengendali terbesar dari segi saiz kumpulan dan liputan operasi.

Dengan jumlah 1,488 bas, rangkaian RapidKL meliputi 166 laluan dan 980 kawasan perumahan.

Ia juga mengendalikan RapidPenang.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan