Sultan Bimbang Isu Mutad & Nasihatkan Jais Serta Mais Tangani Secara Berhemah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil langkah-langkah strategik bagi menangani gerakan memurtadkan penganut agama Islam.

"Beta dimaklumkan bahawa kegiatan memurtadkan umat Islam ini berlaku secara sembunyi-sembunyi dan pihak-pihak yang terbabit begitu bijak menyembunyikan bukti-bukti yang jelas," titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini.

Jais hendaklah sentiasa berusaha memberikan penerangan dan juga kaunseling kepada mereka yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti ini, titah baginda.

"Beta juga berkenan menyarankan pihak Jais agar sentiasa bertindak dengan cara dan pendekatan yang berhemah supaya umat Islam yang mula menjauhkan diri daripada ajaran Islam akan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah wujudnya gejala murtad di kalangan umat Islam adalah satu perkara yang begitu membimbangkan selain daripada ajaran sesat selepas baginda mengetahui perkara itu berlaku sejak beberapa tahun lepas tetapi masih ragu-ragu akan kebenarannya.

"Namun sejak beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, Beta merasa bimbang akidah umat Islam akan tergugat sedikit demi sedikit disebabkan timbulnya kekeliruan dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang disampaikan oleh pihak-pihak tertentu," titah baginda.

Perkara seperti ini jika dibiarkan dan tidak dibendung akan merosakkan perkembangan dan pembangunan agama Islam di Selangor, titah Baginda lagi.

Sultan Selangor juga bertitah, baginda seringkali mengingatkan supaya setiap program yang diadakan di masjid dan surau di negeri ini dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan dan bertauliah daripada Jais kerana mahu mereka mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan kepada sumber-sumber yang sah agar tidak terpesong atau terkeliru.

Baginda juga tidak mahu di suatu hari nanti umat Islam akan berpecah-belah akibat perselisihan faham atau perbezaan pengetahuan yang diperolehi dari sumber-sumber yang tidak sah.

Sambil mengingatkan rakyat supaya sentiasa berhati-hati dengan elemen yang menjurus kepada ajaran sesat, baginda mahu mereka supaya jangan cepat terpengaruh dengan ajakan atau umpanan pihak-pihak tertentu yang nampak begitu baik dan ikhlas untuk membantu pada mulanya tetapi mempunyai agenda tersembunyi.

"Setiap ajaran atau ceramah yang didengar haruslah disiasat atau dirujuk kepada sumber-sumber yang dipercayai sebelum diamalkan agar kita semua terpelihara daripada terjebak di dalam ajaran-ajaran yang menyesatkan," titah baginda.

Pada majlis itu, Baginda bersama jemputan dan jemaah masjid menyertai majlis membaca surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid sebelum solat Jumaat sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda yang ke-66 dan 10 tahun memerintah sebagai Sultan Selangor.

Baginda juga berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor berjumlah RM100,000 dan RM600,000 daripada Maybank Islamic Bhd.

Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang ini mula dibina pada tahun 2002 bagi menggantikan masjid lama yang telah berusia lebih 50 tahun dengan peruntukan RM5 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan