Risda Tubuh Risda Kayu Ceburi Bidang Pembuatan Perabot

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menubuhkan anak syarikat baru yang menumpukan kepada pembuatan perabot khususnya daripada kayu getah.

Pengerusi Risda Tan Seri Rahim Tamby Chik berkata, syarikat Risda Kayu itu akan membeli kayu pokok getah daripada pekebun kecil yang terlibat dalam program tanaman semula, sekali gus melindungi mereka daripada eksploitasi 'orang tengah'.

"Sekarang ini terdapat orang tengah yang membeli kayu pokok getah pada harga RM500 sehektar sedangkan harga semasa ialah RM16,000 bagi keluasan yang sama," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Pengerusi Risda Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Pahang di sini.

Katanya, Risda Kayu yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM5 juta akan memastikan pekebun kecil terbabit mendapat harga setimpal.

"Kayu pokok getah yang turut dikategorikan sebagai kayu putih mempunyai kualiti dan nilai tinggi untuk menghasilkan perabot yang kini semakin popular di seluruh dunia," katanya.

Rahim berkata, pihaknya akan turut berunding dengan Felda dan Tabung Haji untuk membeli kayu getah dan batang pokok kelapa sawit daripada kedua-dua agensi tersebut.

Katanya, batang kelapa sawit juga boleh diproses bagi menghasilkan papan serpih untuk membuat perabot.

Melalui Risda Kayu juga katanya, Risda akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dengan industri perkayuan bagi menawarkan khidmat menghijaukan bumi dengan pelbagai jenis tanaman pokok terutama getah dan kelapa sawit, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan