Rayer Cabar Ramasamy, Pembantu Peribadi Kemuka Bukti

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima R.S.N. Rayer mencabar Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramasamy dan pembantu peribadinya M.Satees Kumar mengemukakan bukti dan menamakan dua Adun Pulau Pinang yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa seperti yang didakwa dalam sebuah laman sosial.

Rayer yang juga Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang berkata beliau memberi masa 24 jam kepada mereka berdua untuk tampil mengemukakan bukti dan menjelaskan dakwaan berkenaan.

"Saya cabar mereka mengemukakan bukti, menamakan Adun yang didakwa dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis, sekiranya mereka gagal melakukannya mereka adalah pengecut," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan Satees Kumar memuat naik dalam sebuah laman sosial mengenai salah laku yang dilakukan oleh dua Adun di Pulau Pinang.

Satees Kumar mendakwa bahawa salah seorang daripada Adun itu telah dipaksa untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan telah dibayar komisen oleh pemaju.

Satees Kumar mendakwa, seorang lagi wakil rakyat telah menggunakan dana kerajaan negeri untuk membayar gaji pemandu peribadi.

"Memang dia (Satees Kumar) tidak sebut tetapi dari cara dia membuat tuduhan, saya tahu ia ditujukan kepada saya dan Adun Bagan Dalam, A.Tanasekharan," kata Rayer.

Rayer berkata beliau percaya dakwaan itu timbul berikutan tegurannya terhadap Ramasamy yang juga Adun DAP bagi kawasan Perai tidak menghormati veteran DAP iaitu Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh.

"Saya berada di pihak yang benar dan jika mereka (Satees Kumar dan Ramasamy) mempunyai bukti silalah buat laporan kepada SPRM, saya sedia menunggunya di mahkamah," katanya.

Sementara itu, Rayer berkata pihaknya terpaksa membatalkan perhimpunan aman bagi mengesa Ramasamy meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang mendakwa Karpal sebagai 'Godfather' terpaksa dibatalkan ekoran campur tangan beberapa pihak.

Katanya sepatutnya perhimpunan yang dijangka dihadiri lebih 3,000 anggota DAP Pulau Pinang itu diadakan pada sebelah petang hari ini di hadapan ibu pejabat DAP di sini.

"Saya telah menerima panggilan daripada Karpal, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pagi ini agar membatalkan perhimpunan aman itu, jadi kami akur pada nasihat mereka," katanya.

Beliau berkata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada malam ini bagi membincangkan isu Ramasamy itu.

Ramasamy dilaporkan telah mengumumkan beliau dan tiga calon wanita India bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) dalam satu majlis baru-baru ini.

Berikutan itu, Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor memberi amaran kepada Ramasamy supaya tidak mengumumkan konco-konconya sebagai calon. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan