Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Lancar

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Raptai bagi istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta hari ini berjalan lancar.

Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Azwan Effendy Zairakithnaini berkata, persiapan bagi istiadat yang akan berlangsung pada Selasa ini, dirancang sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata lebih 700 tetamu kehormat akan hadir pada istiadat itu, antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar dan kerabat-kerabat Diraja.

"Kad jemputan telah diedarkan sejak dua bulan yang lepas dan raptai terakhir akan diadakan pada Ahad ini," katanya kepada Bernama di sini.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14, manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Selain itu, tinjauan Bernama mendapati kawasan yang disediakan oleh pegawai istana untuk pengamal media juga memuaskan, di mana sebuah bilik media khas disediakan bagi membolehkan media membuat liputan dengan selesa.

Ruang khas bagi jurugambar dan jurukamera turut disediakan bagi memudahkan mereka mendapat gambaran dengan lebih jelas.

Istana Negara, Jalan Duta merupakan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang baru menggantikan Istana Negara di Jalan Istana. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan