Raja Perlis Mahu Umat Islam Sentiasa Pupuk Perpaduan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam sentiasa memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan jika ingin menjadi golongan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Baginda berharap umat Islam menjadikan masjid sebagai satu daripada platform bagi menyuburkan ikatan perpaduan itu.

Raja Perlis bertitah demikian semasa merasmikan Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang dekat sini serentak dengan sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat negeri Perlis.

Turut berangkat Raja Perempuan Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda turut menyarankan pihak pengurusan masjid supaya menyemarakkan kegiatan yang boleh membawa kemajuan dan perpaduan ummah sesuai dengan tema sambutan Maal Hijrah tahun ini "Persefahaman Asas Perpaaduan Ummah."

Sempena majlis itu, Raja Perlis menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada pendakwah dari Arab Saudi, Syeikh Abdul Rahman Mohamad Al-Attala, 50, dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Mastika Junaidah Husin, 57.

Masing-masing hadiah berupa wang tunai RM5,000, sijil dan plak.

Baginda juga menyampaikan hadiah Masjid Terbaik kepada Masjid Al-Ihsan, Kampung Darat, Beseri, berupa wang tunai RM3,000, sijil dan plak.

Turut menerima hadiah ialah pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tiap seorang wang tunai RM500.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan