Najib Yakin Nama Langkawi Bakal Sebaris Pulau Terkemuka Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi meletakkan nama pulau lagenda itu sebaris dengan pulau-pulau terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives.

Sejajar dengan pelan terperinci yang membabitkan pelaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015 itu, Perdana Menteri berkata Langkawi perlu melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam tempoh terdekat terutama dalam memperkenalkan alam semula jadinya yang hebat.

Menurut beliau, pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion melalui kehadiran tiga juta pelancong pada 2015 di samping mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, sebanyak RM5 bilion pelaburan diperlukan dalam tempoh pelaksanaan rangka pembangunan itu dengan 52 peratus pelaburan akan dijana oleh sektor swasta.

Kerajaan memperuntukan RM420 juta bagi menjayakan pembangunan sebagaimana yang disenaraikan dalam pelan itu dan peruntukan itu telah diumumkan dalam Bajet 2012.

Najib juga berharap Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menangani segera ancaman hakisan di Pantai Cenang kerana ia merupakan lokasi tarikan pelancong.

Katanya, pantai itu akan diberi wajah baru dengan pembangunan semula secara holistik dengan pembangunan zon komersil dan menjadikannya pantai bagi kegiatan riadah keluarga serta pelancong.

Beliau turut mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Khalid Ramli, 62, sebagai Pengurus Besar LADA yang baru.

Pelantikan itu berkuatkuasa bulan ini.

Najib berkata beliau yakin pengalaman dan kepakaran Khalid dalam perkhidmatan awam di peringkat negeri dan persekutuan akan membolehkan beliau melaksanakan aspirasi Blueprint Pelancongan Langkawi itu dengan jayanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan