Najib Dijadual Rasmi Kelab Usahawan Siswazah Tani Sabtu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijadual melancarkan Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) sempena Perhimpunan 10,000 Belia dan Siswazah di perkarangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Sungai Petani, pada 17 Disember ini.

Pengerusi Fama Datuk Paduka Badaruddin Amiruldin berkata kelab MyAgrosis bertujuan menarik dan melahirkan lebih ramai siswazah dalam pengeluaran dan pemasaran produk berasaskan pertanian.

Pada majlis itu Perdana Menteri juga akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan sasaran Fama untuk setiap universiti di negara ini mempunyai 1,000 pelajar yang menyertai Kelab MyAgrosis menjelang penghujung tahun hadapan.

Badaruddin berkata beberapa produk juga bakal dipamerkan pada program itu dan ini termasuk nanas, jagung, ikan keli, ayam kampung, aiskrim, kek dan pastri. Beliau berharap program yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Disember itu dapat menarik lebih 50,000 pengunjung.

Pada sebelah petangnya Perdana Menteri dijadual merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan Agrobazar Kedai Rakyat di Kampung Ruat, Yan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan