MAS Tawar Tambang Istimewa Hari Natal

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengadakan tawaran hebat "Hari Natal" hingga 12 Disember bagi penumpang yang membuat perjalanan ke London, Paris, Amsterdam, Frankfurt, Rome dan Istanbul pada hari Krismas akan datang dengan tambang pergi balik bermula dari serendah RM2888 bagi Kelas Ekonomi dan RM8888 bagi Kelas Perniagaan.

Tawaran-tawaran ini, yang merangkumi cukai dan surcaj, bagi perjalanan pada 25 Disember, 2011 dan perjalanan pulang selepas 10 Januari, 2012 boleh dibeli melalui www.malaysiaairlines.com, Facebook Malaysia Airlines, pejabat jualan tiket, Pusat Panggilan melalui talian bebas tol 1 300 88 3000 dan ejen-ejen dilantik di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada promosinya bagi tawaran istimewa Krismas ini, akan ada Santa dan Santarina yang memberikan gula-gula dan risalah di pusat-pusat membeli belah utama terpilih seperti The Curve, One Utama, Alamanda Putrajaya, Pavillion, Subang Parade, Mont Kiara di Lembah Klang.

Mereka akan terus berada di pusat-pusat membeli belah ini hingga 12 Disember. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan