KSN Hurai Enam Aspek Hasilkan Manual Agensi Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Khamis menggariskan enam aspek utama yang harus diberi penekanan oleh agensi kerajaan dalam menghasilkan pelan dan manual bagi mencapai matlamat operasi.

Aspek pertama ialah "simplicity" atau mudah yang menghendaki agar pelan dan panduan yang dihasilkan mudah difahami dan mudah dilaksanakan sama ada pegawai ataupun pelanggan.

Beliau berkata pelan itu perlu bersifat "mesra" kepada semua tanpa mengabaikan objektifnya manakala panduan perlulah lebih ringkas, murah dan amat memudahkan berbanding yang terdahulu.

"Rakyat dan pelanggan sentiasa mengharapkan perubahan dan kemajuan positif daripada kerajaan dari segi kualiti dan juga kuantiti perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, apa jua penambahbaikan yang diusahakan perlu memastikan perkhidmatan yang lebih cepat dan mudah kepada rakyat," katanya pada perhimpunan bulanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini.

Beliau berkata aspek kedua pula ialah penglibatan di mana semua pihak yang berkepentingan dilibatkan dan dirunding untuk mendapatkan pandangan dan idea-idea mereka semasa merangka pelan/manual itu.

"Ini bertujuan supaya mereka dapat memahami hasrat, objektif dan matlamat transformasi yang ingin dijayakan, di samping mengetahui faedah yang diperoleh mereka," katanya.

Mohd Sidek berkata aspek ketiga pula ialah pelan/manual yang diusahakan juga harus fleksibel bagi membolehkan elemen-elemen penambahbaikan diberi perhatian.

Aspek keempat ialah pelan/manual yang dihasilkan hendaklah digunakan dan mempunyai elemen "buy in" (penerimaan) daripada pengguna, katanya.

Beliau berkata kepimpinan yang merangkumi setiap bahagian dan unit organisasi itu juga merupakan aspek penting yang harus dilihat dalam merangka pelan/manual kerana secara tidak langsung kepatuhan terhadap pelan dan panduan yang baru dapat dipastikan pelaksanaannya sehingga ke peringkat akar umbi, selain mengelak sikap sambil lewa dan lepas tangan.

Menurutnya aspek keenam yang ditekankan ialah pemantauan bagi membolehkan pelan/panduan yang digubal dilaksanakan secara berterusan.

Mohd Sidek berkata pemantauan berterusan juga dapat membantu agensi sektor awam membuat penilaian, mengetahui kekurangan serta kelemahan yang wujud, dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.

Pada majlis itu, beliau melancarkan empat buku DBKL iaitu Pelan Strategik DBKL 2010-2020, Pelan Strategik ICT DBKL 2011-2015, Manual Pengemukaan Permohonan Cadangan Pembangunan Melalui Urusetia Pusat Setempat (OCS) dan Manual PSP/SPP Sistem KUL Submission. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan