Kerajaan Akan Minta SESB, TNB Kurangkan Tarif Elektrik:Musa

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Kerajaan Sabah akan berbincang dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya industri penyelidikan biotektologi di negeri ini diberi pengurangan tarif elektrik, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pihak yang terlibat dengan industri berkenaan meminta supaya mereka juga diberi pengurangan tersebut seperti dinikmati rakan di Semenanjung.

"Makmal bioteknologi di Semenanjung sudah menikmati potongan berkenaan namun pihak di Sabah belum lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat di Makmal TSH Biotech di Wakuba di sini Jumaat.

Sebelum ini Pengerusi TSH Resources, Datuk Kelvin Tan telah membuat rayuan menerusi beberapa Timbalan Menteri dan Menteri yang melawat makmal bioteknologi berkenaan namum hingga kini belum mendapat maklum balas daripada SESB dan TNB.

Musa mengalu-alukan peranan pengusaha ladang tempatan termasuk TSH Resources Berhad dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat tempatan di Sabah.

"Gembira kerana TSH Resources telah mengambil langkah penting meningkatkan hasil dan pengeluaran sektor perladangan kelapa sawit bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Tan berkata melalui pelaburan berjumlah RM40 juta untuk Makmal Kultur Tisu Wakuba, syarikatnya dapat memenuhi sasaran pengeluaran 500,000 benih anak kelapa sawit dihasilkan melalui pengkulturan tisu, tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan