Hasilkan Lebih Banyak Buku Sejarah, Kebudayaan dan Warisan: Tun Abdullah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat Malaysia menghasilkan lebih banyak buku mengenai sejarah, kebudayaan dan warisan bagi memastikan bahan bacaan berkenaan terus wujud.

Beliau berkata bahan bahan berkenaan sama ada dalam bentuk buku atau buku elektronik (e-book) akan dapat generasi muda terus mempunyai maklumat mencukupi untuk memahami sejarah dan menghargai kebudayaan dan warisan negara.

"Penulisan buku yang baik akan dapat dihasilkan jika kandungannya dilakukan menerusi penyelidikan dan pendokumentasian. Sehubungan itu, adalah penting sikap dan amalan sistem pendokumentasian yang baik dipupuk di kalangan rakyat Malaysia.

"Mengandaikan bahawa sumber dan data sudah tersedia dan boleh diakses, adalah penting bahawa individu yang menulis adalah seorang yang cekap dan mahir dalam penulisan buku.

Dalam hal ini, saya merayu rakyat Malaysia agar membaca kerana mereka yang banyak membaca mampu menguasai dan memahami sesuatu dengan baik untuk melahirkan kandungan yang baik," katanya semasa melancarkan buku bertajuk "Malaysian Batik: Reinventing a Tradition" sempena Konvensyen dan Pameran Batik Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIB) 2011 di sini Jumaat.

Beliau berkata penulisan buku mengenai kebudayaan dan warisan negara adalah satu sumbangan besar kepada negara.

Hasil karya Datin Noor Azlina Yunus, buku setebal 176 muka surat itu memaparkan maklumat mengenai asal-usul batik, bahan, kaedah dan motif pencetakan batik serta kaedah batik lukisan yang dan penghasilan batik Malaysia sebagai hasil kraf yang mempunyai tarikan antarabangsa.

Buku itu dijual dengan harga RM110 senaskhah.

Terdahulu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz melancarkan KLIB 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan