Fenomena Gerhana Bulan Penuh Mulai 7.34 Malam Esok

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari pukul 7.34 malam Sabtu sehingga 1.30 pagi Ahad.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

"Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi Bernama.

Redzuan berkata orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'.

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata umat Islam digalak menunaikan solat sunat Khusuf atau solat sunat gerhana bulan sempena fenomena tersebut.

Beliau turut meminta masjid dan surau di seluruh negara agar melakukan solat sunat khusuf secara berjemaah esok disertai khutbah gerhana bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

"Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang-jarang berlaku di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, masjid utama seperti Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat gerhana pada 9 malam selepas solat Isyak.

Selain itu aktiviti cerapan juga akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan