Enakmen Hudud Dilulus Semasa Pentadbiran PAS Bercanggah Dengan Islam

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 yang dilulus semasa pentadbiran kerajaan PAS di Terengganu, bercanggah dengan Islam.

Katanya, ada beberapa perkara yang disebut dalam enakmen itu bercanggah dengan hukum Islam, termasuk dalam soal liwat.

Ahmad berkata, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbetulkan.

"Kita bukan tidak mahu Hudud dilaksanakan tetapi proses pelaksanaannya masih memerlukan masa," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 yang dibentang beliau pada Isnin lalu.

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata kerajaan mengakui banyak masa diperlukan jika ingin melaksanakan enakmen tersebut.

Katanya masih banyak persiapan dan persedian perlu dibuat supaya ia dapat diterima semua pihak.

"Isu hudud ini banyak dipolitikkan pembangkang, pembangkang tak pernah istiqamah, dulu kafirkan orang yang tak sokong hukum hudud.

"Selepas tu kata hudud itu hanya 0.0001 peratus, kecil sahaja, tak penting tapi bila dekat pilihan raya kata pula hudud penting, kena laksana hukum Allah," katanya.

Jelasnya, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno melihat pelbagai aspek sebelum ia dapat dilaksanakan.

Sementara itu, beberapa Rang Undang-undang yang dikemukakan Menteri Besar, iaitu; Enakmen Perbekalan 2012, Enakmen Perbekalan Tambahan 2012, Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu (Pindaan) (No.2) 2011 dan Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu (Pindaan) (No.3) 2011 diluluskan dengan suara terbanyak.

Sidang DUN Terengganu yang bermula Isnin lalu berakhir pada Khamis dan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditentukan kelak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan