Cadangan MRSM Khas Untuk Anak-Anak Orang Asli - Berita Semasa | mStar

Cadangan MRSM Khas Untuk Anak-Anak Orang Asli

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KLAWANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bercadang mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khas bagi pelajar Orang Asli.

Mengumumkan demikian, Timbalan Menterinya Datuk Hasan Malek berkata, "Cadangan itu baik tapi ia memerlukan kajian yang lebih terperinci.

Kita terlebih dahulu akan mendapatkan maklum balas dan pandangan dari semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Pelajaran dan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia". Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup program Mesra Didik Pelajar Orang Asli 2011 yang disertai 355 orang pelajar darjah 6 Orang Asli dari Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Anggota Parlimen Kuala Pilah itu berkata jika perkara ini terlaksana, ia adalah seperti MRSM untuk anak-anak Felda; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita serius dalam perkara ini untuk melahirkan ramai pelajar cemerlang di kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini," katanya.

Program empat hari itu merupakan bengkel bagi persediaan pelajar Orang Asli yang berada dalam darjah 6 memasuki ke tingkatan 1 dengan tumpuan kepada sekolah rendah 100 peratus pelajar Orang Asli.

Pada tahun ini seramai 2,562 orang pelajar daripada 93 buah sekolah 100 peratus pelajar Orang Asli akan menamatkan persekolahan darjah 6 mereka.

Tujuan program itu ialah mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli dari darjah 6 ke tingkatan 1 dan ini seterusnya akan dapat meningkatkan bilangan masyarakat Orang Asli yang berpendidikan.

Indeks Prestasi Utama (KPI) KKLW pada tahun ini ialah pengurangan kadar keciciran 31.77 peratus pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah kepada 26 peratus. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan