Blueprint Pelancongan Langkawi Rangkumi Tiga Tema

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Blueprint Pelancongan Langkawi, pelan terperinci untuk menjadikan Langkawi antara 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik dunia menjelang 2015 yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis, mengandungi 14 inisiatif yang dirangka meliputi tiga tema iaitu produk, infrastruktur dan pembolehdaya.

Tema pertama menerangkan titik sentuh bagi setiap pelancong daripada keperluan asas seperti penginapan dan restoran sehinggalah kepada keseronokan dan hiburan yang ditawarkan oleh destinasi tarikan.

Tema kedua menerangkan pengalaman pelancong di Langkawi bermula dari saat tiba hingga saat pulang.

Tema ketiga pula mencakupi tiga inisiatif untuk meletakkan asas yang kukuh bagi industri pelancongan menerusi pembangunan masyarakat setempat dan pemasaran.

Pada 2015 nanti, Langkawi dapat menawarkan kepada pelancong pelbagai produk tarikan serta akses yang mudah dan menyeronokkan untuk mengunjungi tempat menarik di sekitar pulau, menambat hati pelancong mewah melalui pelbagai aktiviti yang menghiburkan selain menawarkan persekitaran semula jadi untuk berseronok, bersantai, menikmati makanan dan membeli-belah.

Satu daripada mercu kebanggaan Langkawi adalah piawaian dan amalan melindungi alam sekitar dan budaya yang boleh dijadikan contoh.

Langkawi pada 2015 menjadi hos bagi lebih ramai pelancong dari pelbagai negara dengan menawarkan pengalaman menakjubkan seperti layanan mesra, perkhidmatan, pelbagai tarikan destinasi dan tempat penginapan yang hebat.

Menerusi pelan itu, selain berbangga kerana menjadi satu daripada 10 pulau terbaik di dunia seperti Bali dan Maldives, penduduk Langkawi turut mendapat manfaat daripada sudut ekonomi.

Menjelang 2015, pendapatan negara kasar pelancongan dan berkaitan pelancongan di Langkawi dijangka melonjak dua kali ganda, iaitu daripada RM0.8 bilion pada 2010 kepada RM1.9 bilion.

Sebanyak 4,200 peluang pekerjaan baru dijangka diwujudkan dengan adanya lebih banyak hotel termasuk hotel mewah, dengan nisbah pekerja berbanding tetamu yang tinggi serta tarikan baru yang menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Pelan ini akan menjadikan Langkawi destinasi tarikan yang menambat hati dan penginapan mewah, mewujudkan infrastruktur yang lebih baik dan rangkaian pengangkutan yang lancar selain pendapatan pelancongan sasaran dan pendapatan bukan pelancongan yang lebih tinggi.

Pelan terperinci itu turut menekankan usaha penambahbaikan penyampaian sektor awam iaitu pelaksanaan pelan tindakan yang agresif, penguatkuasaan yang ketat terhadap dasar dan peraturan, kerjasama rapat merentasi agensi persekutuan, negeri dan tempatan serta pemantauan berterusan berdasarkan Indeks Petunjuk Prestasi Utama dan sasaran.

Walaupun pertumbuhan ketibaan pelancong adalah setanding dengan destinasi pulau lain, Langkawi ketinggalan daripada segi dua faktor utama iaitu tempoh purata penginapan dan perbelanjaan purata harian. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan