AirAsia Mahu Akhiri Kemelut Dengan MAHB:Fernandes

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yakin kemelut di antara syarikat penerbangan tambah rendah itu dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) akan menemui jalan penyelesaian dengan mengambil kira persahabatan baik mereka selama ini.

Beliau turut menafikan bahawa kemelut tersebut menjejaskan persahabatan mereka dan menjelaskan ingin fokus kepada sebarang kemungkinan menandatangani Perjanjian Perkhidmatan (SLA) yang membawa keuntungan bagi kedua-dua pihak.

“(Tan Sri) Bashir (Ahmad, Pengarah Urusan MAHB) adalah rakan baik saya. Pertelingkahan berlaku... Kami amat positif kemelut itu akan diselesaikan secara baik dengan MAHB," katanya selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-10 AirAsia di Terminat Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di sini Khamis.

Pada Selasa, Fernandes berkata, beliau bersedia menamatkan pertelingkahan itu dan menjemput Bashir menghadiri jamuan ulang tahun syarikat tersebut dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak.

Bashir bagaimanapun tidak menghadiri majlis itu kerana berada di Macau, kata Fernandes.

Hubungan kedua-duanya dilaporkan tegang berikutan keputusan MAHB menaikkan caj perkhidmatan penumpang di LCCT dan KLIA2.

Kritikan pedas Fernandes yang dibuat menerusi laman sosial Twitter menimbulkan ketegangan antara kedua-dua pihak sehingga saling berbalas kenyataan di media.

Sehingga pada satu tahap, AirAsia mahupun MAHB mendedahkan pelbagai dokumen mengenai projek pembangunan KLIA2 kepada media sebagai bukti masing-masing.

AirAsia turut melancarkan kempen bagi membantah kenaikan caj perkhidmatan di LCCT.

Terbaru, syarikat penerbangan itu mahu mengadakan SLA dengan MAHB untuk menyelesaikan kos operasi di KLIA2 dalam bentuk hitam putih.

Dalam maklum balas oleh MAHB menjelaskan bahawa mereka akan mempertimbangkan perjanjian tersebut dan sedang menunggu kertas cadangan daripada AirAsia.

Sementara itu, Fernandes juga membayangkan bahawa beliau sedang melahirkan bakat-bakat baru untuk mengambil alih jawatannya.

Beliau berkata, 'tempoh masanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan akan berakhir dalam masa terdekat' tetapi menjelaskan tiada jangka masa ditetapkan untuk peralihan kuasa itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan