Vas Aero Intai Projek Alat Komunikasi Ketenteraan

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Vas Aero Malaysia Sdn Bhd, satu syarikat penyelenggaran dan memperbaiki aksesori elektrik, komponen instrumen pesawat dan yang berkaitan, kini dalam proses akhir perbincangan dengan pihak Korea berhubung penghasilan alat komunikasi ketenteraan.

Pengarah Urusannya, Datuk Nordin Ahmad berkata projek bernilai RM150 juta untuk tempoh kontrak tiga tahun itu dijangka dapat dimulakan sekitar Januari atau Februari tahun depan.

"Kerjasama ini lebih kepada pertukaran teknologi dengan pihak Korea yang akan menghantar teknologi mereka kepada kami untuk proses pemasangan dan seterusnya produk akhir akan dijual semula kepada mereka.

"Alat komunikasi ini digunakan dalam situasi peperangan dengan memudahkan askar menghantar maklumat mengenai tempat persembunyian musuh, kekuatan tentera dan sebagainya," katanya kepada Bernama pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11).

Dengan menggunakan satelit sebagai penghubung, alat-alat komunikasi yang dikenali sebagai "Main Battlefield Terminal (MBT)" dan "Mobile Battlefield Information Terminal (MBIT)" ini juga boleh memberikan koordinat kawasan bagi memudahkan ibu pejabat mengesan lokasi askar tersebut.

Alat komunikasi itu tahan lasak dan boleh digunakan dalam semua keadaan peperangan termasuk di dalam air.

Vas Aero juga berkeupayaan dan berpengalaman memperbaiki komponen dan peralatan elektrik dan elektronik bagi telekomunikasi dan lokomotif.

Syarikat itu mempunyai pengalaman hampir 10 tahun menyokong pertumbuhan industri penerbangan dan kejuruteraan di Malaysia, Brunei, Turki, Indonesia, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara lain.

Nordin berkata Vas Aero juga telah menghasilkan sistem latihan simulasi peperangan "Multiple Integrated Laser Engagement System (Miles)" yang menggunakan teknologi laser.

"Kaedah yang disasarkan kepada pusat-pusat latihan khidmat negara ini dapat memberikan hasil yang baik di samping menjimatkan kos berbanding kaedah menggunakan peluru hidup yang menelan belanja yang tinggi.

"Melalui kaedah ini, kerajaan dianggar dapat membuat penjimatan kira-kira 60 peratus kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan berbanding kaedah lama yang memerlukan pelaburan berterusan," katanya.

Katanya sistem Miles dapat meningkatkan tahap keselamatan pelatih dan hanya perlu diselenggara sekurang-kurangnya sekali setahun dengan kos minimum.

Beliau berharap melalui pameran LIMA '11, teknologi dan kaedah yang dihasilkan Vas Aero dapat diperkenalkan kepada kumpulan sasar dan masyarakat awam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan