Usahawan Wanita Boleh Jadi Peneraju Global Mengagumkan:Rosmah Mansor

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Usahawan wanita boleh menjadi peneraju global yang mengagumkan dalam abad ke-21, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, wanita mempunyai kreativiti, semangat, ketabahan dan fokus dalam mengembangkan perniagaan seperti yang dituntut oleh landskap perniagaan yang sentiasa berubah dan dinamik.

"Masa depan wanita dalam perniagaan sangat cerah," kata beliau ketika menghadiri jamuan tengah hari rundingan Meja Bulat Ahli Perniagaan Wanita Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2011 di Seri Perdana, di sini Khamis.

Rosmah berkata, wanita telah mengorak langkah yang sangat besar dalam bidang perniagaan, namun begitu, masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam usaha meningkatkan keupayaan mereka dalam perniagaan.

"Sememangnya terdapat banyak peluang yang juga boleh diteroka oleh usahawan wanita," katanya.

Rosmah menggesa ahli perniagaan wanita UAE supaya meneroka peluang perniagaan yang wujud daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi di kedua-dua negara. "Saya harap majlis jamuan tengah hari ini akan menyediakan peluang yang baik kepada puan-puan semua untuk menjalin hubungan dan rangkaian dengan komuniti perniagaan dan pegawai kerajaan Malaysia.

"Biarlah ia menjadi permulaan kepada lebih banyak perbincangan dan pertemuan untuk meneroka bidang baru kerjasama ke arah memperkukuhkan lagi usaha yang dilaksanakan dalam meningkatkan perniagaan, pelaburan dan perdagangan antara negara kita," katanya.

Rosmah turut menggesa syarikat Malaysia dan UAE agar meneroka peluang perniagaan dalam pasaran baru muncul yang berkembang dengan pesat, terutamanya di Asean dan Timur Tengah.

"Menjadi harapan saya agar kunjungan puan-puan ke Malaysia akan merangsang minat dalam menterjemahkan peluang yang ada ini menjadi suatu realiti menerusi jalinan usahasama antara perbadanan Malaysia dan UAE," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Ahli Perniagaan Wanita Dubai, Raja Al-Gurg menggesa lebih ramai wanita supaya menjalankan peranan aktif dalam memperluaskan perkongsian antara UAE dan Malaysia.

Beliau berkata, kerangka perjanjian mengenai ekonomi, perdagangan, pelaburan dan teknikal antara Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk, yang ditandatangani di Abu Dhabi pada Januari lepas, menunjukkan hasil yang menggalakkan.

"Kita sekarang berada pada kedudukan yang sangat baik untuk membawa hubungan perdagangan kita ke tahap seterusnya, dengan bantuan usahawan wanita kita," katanya.

Presiden Majlis Ahli Perniagaan Wanita Abu Dhabi, Fatima Obaid AL Jaber pula berkata kunjungan ke Malaysia merupakan minggu yang mencatatkan sejarah kerana membantu menjalin ikatan yang sangat istimewa antara komuniti perniagaan UAE dan Malaysia.

Tahun lepas, pertukaran dua hala antara UAE dan Malaysia bernilai kira-kira US$6.41 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan