Sultan Kedah Berangkat Ke Kuala Lumpur Selasa Ini

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat ke Kuala Lumpur Selasa ini untuk majlis perlantikan baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14.

Baginda bersama Tuanku Sultanah Haminah Hamidun akan diarak dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas sebelum menaiki pesawat khas pada pukul 8.10 pagi.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan negeri, Pengurusan Korporat, Mohd Rizal Mohd Radzi, acara dimulakan seawal 6.45 pagi dengan keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim bersama Sultanah Haminah ke anjung Istana Anak Bukit diikuti bacaan doa dan laungan azan.

"Ia disusuli dengan permainan Nobat 'Raja Berangkat' sebelum baginda Sultan dan Sultanah berangkat dari Istana Anak Bukit ke LTSAH menaiki kenderaan khas tidak berbumbung," katanya semasa memberi taklimat media di sini Khamis.

Mohd Rizal berkata, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah kemudian diarak sejauh kira-kira lima kilometer ke LTSAH dan di sepanjang perjalanan akan dialu-alukan oleh kira-kira 50,000 rakyat dari seluruh negeri Kedah.

"Seluruh rakyat Kedah diminta bersama-sama menghantar Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah ke lapangan terbang. Mereka diharap berkumpul di kiri kanan jalan dari Istana Anak Bukit ke lapangan terbang dari pukul 6 pagi," katanya.

Beliau berkata, di empat perhentian bas sepanjang perjalanan akan diadakan pertunjukkan silat kepada orang ramai dan di lapangan terbang, Tuanku Sultan akan memeriksa perbarisan kehormat sebelum berangkat.

Katanya, LTSAH akan ditutup kepada orang ramai selama satu jam mulai 7.30 pagi.

Sehari sebelum itu akan diadakan istiadat perlantikan Jemaah Sultan di Istana Anak Bukit pukul 9 pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan