Sg. S'gor Keruh Berpunca Dari Keruntuhan Tebing Anak Sg. Kerling

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, punca Sungai Selangor menjadi keruh sehingga mengganggu operasi empat loji pembersihan air Isnin lepas, adalah berpunca daripada keruntuhan tebing sungai di beberapa tempat di sepanjang anak Sungai Kerling.

Beliau berkata, siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan kejadian runtuhan tebing berlaku kira-kira dua kilometer dari Stesen Janakuasa Mini Hidro Sungai Kerling berhampiran sempadan Selangor dan Pahang.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Exco Kerajaan Negeri di sini, beliau berkata, tidak da aktiviti kemanusiaan seperti perlombongan pasir atau pembalakan haram dikesan sebagai punca tebing sungai itu runtuh tetapi ia dipercayai akibat hujan lebat.

"Pihak Luas dan agensi serta jabatan lain yang terlibat akan terus memantau runtuhan tebing sungai bagi mengelakkan kejadian yang lebih teruk manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) diminta memastikan loji pembersihan yang dikendalikannya mampu mengatasi masalah sebegini pada masa akan datang, katanya lagi.

Khalid berkata keadaan di loji-loji pembersihan telah dipulihkan dan beliau juga meminta LUAS menyediakan kolam khas bagi menadah air yang keruh dari sungai itu buat sementara waktu sebelum disalurkan ke loji-loji pembersihan.

Mengenai isu kenaikan sewa ruang niaga Kompleks PKNS oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun depan, beliau berkata, kerajaan negeri akan membantu PKNS memberikan penerangan kepada penyewa tapak dan ruang niaga di kompleks itu.

"Kerajaan negeri menerusi MBI (Menteri Besar Incorporated) akan menolong mereka yang tidak mampu membayar sewa Kompleks PKNS," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata bantuan itu hanyalah bersifat sementara dan kerajaan akan mengkaji bagaimana cara untuk membaiki perniagaan mereka supaya mampu membayar sewa pada kadar baru.

"Jika para peniaga memperoleh keuntungan kerana mereka mendapat subsidi sewa, ini tidak akan menjadikan mereka peniaga yang mempunyai daya saing," jelas beliau.

Semalam penyewa Kompleks PKNS memfailkan injuksi di Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang kenaikan sewa ruang niaga mereka di antara 70 hingga 100 peratus mulai 1 Januari tahun depan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan