Sektor Pembinaan Dijangka Cergas Dalam Lima Bulan Akan Datang

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Industri pembinaan Malaysia dijangka cergas dalam lima bulan akan datang, kata Pengarah Urusan Gamuda Group, Datuk Lin Yun Ling pada Khamis. Lima bulan akan datang juga merupakan fasa pemerolehan bagi projek Transit Aliran Deras Massa (MRT), kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu di sini.

"Saya rasa tender akan dikeluarkan bagi lebih daripada 50 pakej kerja, besar dan kecil, bagi bawah tanah, pembinaan aras tinggi dan kerja-kerja awam, stesyen, kemudahan parkir dan pengangkutan serta pakej sistem.

"Malah, beberapa pakej tender telahpun dikeluarkan dan nilaiannya telahpun dibuat," tegasnya. Lin berkata industri pembinaan tahun depan dijangka cergas dan menghasilkan kesan pengganda dalam seluruh ekonomi yang seharusnya membantu Malaysia menghadapi kesan-kesan kelembapan ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau juga berkata Gamuda, melalui syarikat usaha samanya bagi projek MRT itu, belum mengemukakan tender bagi projek itu yang akan ditutup menjelang akhir Januari tahun depan.

Mengenai prospek bagi sektor harta, kumpulan itu mendapati dalam tiga tahun kebelakangan ini, permintaan amat kukuh.

Tentang isu 'gelembung' perumahan, Lin berkata petunjuk yang baik tentang sama ada keadaan ini berlaku sekarang, mengikut kebiasaannya ialah menggunakan nisbah harga rumah berbanding pendapatan.

"Pada masa ini nisbahnya ialah enam hingga tujuh dan jika ia mencecah 10, kita perlu bimbang," katanya.

Mengenai penceburan Gamuda di luar negara, Lin berkata kumpulan itu telah memperuntuk lebih daripada US$1 jutya untuk mengkaji potensi perniagaan di Myanmar yang beransur-ansur terbuka ke arah pemerintahan demokratik.

"Kami sedang mengkaji keperluan prasarana di Myanmar dan menilai rantaian bekalan di sana. Ini supaya apabila keadaan mengizinkan, kami sudah bersedia," tegasnya.

Sementara itu, bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2011 kumpulan itu mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.67 bilion daripada RM2.46 bilion sebelumnya manakala keuntungan sebelum cukai melonjak kepada RM544.5 juta daripada RM412.3 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan