Roboh Pondok Bas, Penduduk Buat Laporan Kepada SPRM

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penduduk Sungai Kantan Kajang yang merasa kecewa dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan lima pondok bas di kawasan mereka meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mengenai tindakan tersebut.

Wakil penduduk berkenaan, Mohd Azhar Khalid bersama Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA Loh Chew June mahu SPRM menyiasat kerana alasan diberi merobohkan pondok tersebut tidak munasabah.

Mohd Azhar berkata pihaknya tidak faham alasan diberi kononnya semua pondok itu sudah uzur, tambahan pula apa yang dikesalkan sangat pondok-pondok tersebut mempunyai lambang 1Malaysia.

"Tindakan itu mempunyai motif tertentu, sengaja untuk menimbulkan provokasi dan perbuatan menyalahgunakan kuasa. Penduduk tidak diberi notis sebelum kerja meroboh dijalankan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Selain itu, katanya, satu daripada pondok yang dirobohkan baru sahaja setahun dibina dan masih berkeadaan baik serta mempunyai kemudahan solar.

Beliau berkata tindakan PBT itu merugikan wang rakyat kerana setiap pondok dibina dengan harga RM30,000 untuk kegunaan pejalan kaki, warga emas, pelajar sekolah dan penunggang motosikal berteduh jika hujan.

Mohd Azhar berkata pihaknya telahpun menyerahkan satu laporan perkara tersebut kepada SPRM. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan