Program TUKAR Hampir Capai Sasaran Di Pahang

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di Pahang hampir berjaya mencapai sasaran dengan 76 peratus premis telah beroperasi setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Ishak Muhamad.

Beliau berkata sehingga Oktober lepas, 32 premis yang terlibat dengan projek TUKAR telah siap dan beroperasi daripada sasaran 42 premis bagi tahun ini.

"Daripada jumlah itu, daerah Maran mencatatkan enam premis; masing-masing lima di Kuantan, Pekan dan Bera; masing-masing tiga di Rompin dan Lipis, dua di Temerloh dan masing-masing satu di Raub, Bentong dan Jerantut," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Khamis ketika menjawab soalan Wan Salman Wan Ismail (BN-Jengka) berhubung jumlah dan cadangan baru bagi premis TUKAR dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Bagi KR1M pula, Ishak berkata, Pahang menyasarkan tiga premis yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains , Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin pula berkata 26,127 unit Netbook telah diagihkan kepada pelajar sekolah menengah yang layak di Pahang sejak Ogos 2010.

Beliau berkata Pahang akan menerima peruntukan yang lebih besar pada tahun depan iaitu sebanyak 52,500 unit Netbook.

"Program pengagihan Netbook ini turut menyumbang kepada peningkatan kadar penggunaan Internet di mana peratusan pemilikan jalur lebar bagi isi rumah di Pahang meningkat daripada 44.5 peratus pada Januari 2011 kepada 49 peratus sehingga November," katanya ketika menjawab soalan Datuk M. Davendran (BN-Sabai).

Menjawab soalan tambahan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) berhubung kesukaran mendapat liputan jalur lebar terutama di kawasan pedalaman, Mohd Sharkar berkata, pengguna boleh melayari Internet di lokasi-lokasi yang mempunyai akses di kawasan tersebut seperti perpustakaan desa, sekolah dan lokasi "wifi hotspot" yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan