Pantai Timur Diramal Hujan Mulai Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-kejap dan kadang kala sederhana yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu mulai Sabtu ini hingga Isnin depan.

Kawasan yang dijangka terlibat ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan sementara di Terengganu di Besut, Setiu, dan Kuala Terengganu.

Menurut Jabatan Meterologi Malaysia pada Khamis, keadaan yang sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor mulai Isnin hingga Rabu depan.

Sementara itu ribut petir dan hujan lebat di Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berterusan sehingga lewat petang ini.

Kawasan berkenaan ialah Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat di Selangor dan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-Layang yang dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak melebihi 4.5 meter juga dijangka berlaku sehingga Selasa depan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa kawasan di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat) serta Samui dan Palawan.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan