Mesyuarat Meja Bulat Mengenai AUKU Sabtu Depan

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan menganjurkan mesyuarat meja bulat mengenai pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 pada 17 Disember ini di Hotel Sunway Putra di sini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mesyuarat meja bulat itu akan menjadi platform kepada para peserta untuk memberi pandangan, cadangan dan maklumbalas mengenai isu akta tersebut.

"Hasil maklum balas dan cadangan dari wakil persatuan pelajar dan pihak-pihak lain dalam mesyuarat itu akan diambil perhatian dan dikemukakan kepada anggota jawatankuasa yang akan meminda AUKU," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Saifuddin berkata, beliau akan mempengerusikan sesi mesyuarat meja bulat tersebut.

Ditanya siapakah akan menjadi pengerusi dan para anggota jawatankuasa yang akan meminda AUKU yang akan ditubuhkan kelak, Saifuddin berkata, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengumumkan perkara tersebut pada masa terdekat.

"Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda Seksyen 15 Akta AUKU 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik pada 24 November lepas di Dewan Rakyat disambut baik oleh pelbagai pihak.

"Sekarang adalah waktu terbaik untuk membincangkan mengenai akta berkenaan, kerana pindaan terhadap akta tersebut hanya akan siap pada sesi mesyuarat pertama Dewan Rakyat pada bulan Mac tahun depan (2012)," kata Saifuddin.

Selain itu, mesyuarat itu juga akan turut membincangkan mengenai bagaimana untuk menambahbaik kualiti universiti, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Akta Institusi dan beberapa perkara lain membabitkan institusi pengajian tinggi, katanya.

Mengenai kelayakan umur yang sesuai untuk menyertai parti politik, Saifuddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat 18 tahun adalah umur yang sesuai dengan mengambil contoh Umno yang membenarkan mereka yang berumur 18 tahun untuk menjadi anggota parti tersebut.

Mesyuarat meja bulat itu akan dihadiri wakil-wakil pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Majlis Profesor Negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), wakil dari parti politik dan Majlis Peguam.

Maklumat lanjut mengenai mesyuarat meja bulat itu boleh diperolehi dengan menghubungi Mohd Nazri Noh di talian 019-2660672 atau Fadzmel Fadzil (013-3402203). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan