Melayu Pulau Pinang Diminta Ketepi Fahaman Politik Demi Perpaduan

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Masyarakat Melayu Pulau Pinang digesa mengetepikan fahaman politik demi mencapai perpaduan.

Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Mohd Yussof Latiff berkata, orang Melayu tidak harus terlalu taksub berpolitik sehingga sanggup mengetepikan kepentingan kaum sendiri.

"Apa yang saya lihat sekarang bangsa Melayu kini terlalu asyik berpolitik hingga terlupa tanggungjawab mereka untuk membela kepentingan bangsa sendiri. Jika kita tidak bela nasib kaum sendiri, siapa lagi?" katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Mohd Yusoff berkata, perpecahan yang wujud dalam kalangan bangsa Melayu masih boleh diperbaiki dengan syarat kaum itu berusaha kuat untuk mencapai perpaduan dan mencari titik persefahaman sesama mereka.

"Jika orang Melayu asyik berbalah sesama sendiri sampai bila pun mereka tidak akan berjaya. Tetapi perpaduan dalam kalangan orang Melayu masih boleh dipupuk jika mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapainya," katanya.

Mohd Yussof berkata, pemenang bersama persatuan kariah masjid di seluruh Pulau Pinang akan mengadakan satu kongres perhimpunan masyarakat yang akan dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan masalah dan cabaran kaum Melayu sekarang.

Bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian, penganjur berharap daripada kongres itu, masyarakat Melayu dapat bertukar pandangan dan merungkai permasalahan yang dihadapi di samping mempercambahkan pemikiran mereka dengan ilmu yang bermanfaat.

Kongres itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan Agama Al-Irshad di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai pada 17 Dis ini.

Orang ramai dan wakil-wakil NGO yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi Pemenang, di alamat No 60, Jalan Pemenang, Pulau Pinang atau telefon 04-2273092. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan