MAS Sasar Untung Pada 2013, Aliran Tunai Dalam Tangan Kini RM1 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) yang mencatatkan kerugian sejak kebelakangan ini menjangka akan kembali meraih untung menjelang 2013 dengan sasaran kerugian kumpulan RM165 juta atau keuntungan sasaran RM238 juta pada tahun depan.

Dalam taklimat media pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, beberapa langkah yang diambil tahun depan dijangka menjana potensi peningkatan pendapatan kumpulan antara RM1.178 bilion hingga RM1.508 bilion.

Langkah-langkah ini termasuk mengecilkan rangkaiannya, kos berhemat dan usaha agresif untuk mendapatkan kembali pelanggan.

Beliau berkata, syarikat itu berharap dapat memperoleh sekurang-kurangnya RM600 juta keuntungan selepas cukai menjelang 2016 menerusi kaedah pelan pemulihan.

Keutamaan MAS, katanya, adalah untuk menyeimbangkan pendapatan bagi ketersediaan tempat duduk perkilometer (RASK) dan kos bagi ketersediaan tempat perkilometer (CASK) ketika ini, tidak seperti kebanyakan syarikat penerbangan serantau lain, kos bagi satu tempat duduknya melebihi pendapatan.

"RASK MAS berada pada 20 sen dengan CASK pada 25.6 sen, jika ini keadaannya, sesebuah syarikat penerbangan tidak boleh mengaut keuntungan.

"Sejak 10 tahun lepas, status syarikat meraih keuntungan adalah disebabkan kami memperoleh daripada perniagaan lain, bukan daripada perniagaan teras syarikat penerbangan.

"Tahun ini, menjadi tanggungjawab pengurusan untuk menyeimbangkan RASK dan CASK agar kami boleh sekurang-kurangnya seimbang daripada mencatatkan kerugian," katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohammed Rashdan Yusof pula berkata bahagian pertama pelan pemulihan adalah untuk menjadikan rangkaian syarikat penerbangan itu lebih kecil tetapi masih meraih keuntungan, dengan menggantung perkhidmatan yang mengalami kerugian ke dan dari Cape Town, Johannesburg, Buenos Aires, Dubai dan laluan lain yang turut mencatatkan kerugian.

Sebaliknya, kata beliau, MAS akan menambah kekerapan ke Manila, Jakarta dan laluan serantau lain yang terbukti lebih menguntungkan.

"Ini boleh menjimatkan kami sehingga RM302 juta," katanya.

Mohammed Rashdan berkata, MAS menyasar mendapatkan semula pelanggannya dengan penerimaan 23 pesawat baharu tahun depan bernilai RM6 bilion, termasuk lima Airbus A380s, lima A330s dan selebihnya Boeing 737-800s.

"Pesawat baharu itu bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman penerbangan pelanggan kami tetapi juga menjimatkan penggunaan bahan api pesawat sekarang sehingga 20 peratus.

"Jika kami berjaya, ia akan meningkatkan keuntungan kami sehingga RM477 juta," katanya lagi.

Bagi membawa masuk pesawat baharu, Mohammed Rashdan berkata, MAS perlu mencapai aliran tunai positif pada akhir tahun depan untuk menyakinkan pembiaya bagi membiayai aktivitinya.

Beliau berkata, ketika ini MAS mempunyai tunai dalam tangan berjumlah RM1 bilion, dengan baki RM5 bilion akan diperoleh menerusi penyusunan pembiayaan hutang dan pajakan.

MAS juga menyasar mengoptimumkan kos dengan terus mengurangkan kos, bil bahan api rendah dan perbelanjaan penyelenggaraan serta menambah baik kecekapan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan