MAS Pecahkan Anak-Anak Syarikat Jadi Syarikat Sampingan

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia Airlines tidak menolak kemungkinan menjual perniagaan-perniagaan sokongannya pada masa akan datang, meskipun ini berbeza dengan rancangan sekarang untuk menjadikannya sebagai perniagaan sampingan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, sekiranya harga tawaran, terma dan syarat memihak kepada syarikat penerbangan nasional itu, tiada salahnya ia meneruskan opsyen penjualan itu.

Pada satu taklimat media di sini, Rabu, Ahmad berkata MAS mengkaji peluang meraih pendapatan sampingan daripada akademi kejuruteraan aeroangkasa, latihan juruterbang dan keselamatan, serta perkhidmatan lapangan terbang dan kargo.

Beliau berkata, strategi itu yang sejajar dengan hasrat syarikat itu untuk kembali mencatatkan keuntungan menjelang 2013, bertujuan memperkasa jabatan-jabatan yang melalui proses pengecilan skala dengan membahagi-bahagikannya kepada syarikat-syarikat yang beroperasi secara berasingan untuk mencapai potensi sepenuhnya.

"Bagaimanapun, jika harganya baik, kenapa pula MAS tidak boleh menjual unit-unit ini?" tegasnya.

Ahmad berkata, rancangan sekarang ialah untuk memecahkan anak-anak syarikatnya menjadi syarikat sampingan dan ini akan membolehkan entiti-entiti itu menawarkan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan lain yang membuat transit di Malaysia.

"Pada masa ini kami sedang mencari rakan kongsi, terutamanya untuk membuka lebih banyak peluang bagi perniagaan ini dan mengumpul wang," katanya.

Beliau berkata, MAS sedang dalam proses mengubah modul perniagaan dengan memberikan tumpuan kepada perniagaan syarikat penerbangan teras.

"Dengan adanya rakan kongsi, kos akan dapat dikurangkan dan pada masa yang sama wang akan bertambah. Unit-unit ini merupakan keutamaan bagi perniagaan sampingan dalam jangka terdekat ini," kata Ahmad.

Beliau berkata, kini MAS perlu menyediakan entiti di bawah naungannya itu sebagai entiti tersendiri sebelum dijadikan perniagaan sampingan.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan