LIMA'11 Pecah Rekod

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Hari pertama Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA'11) pada Selasa memecah rekod pameran itu sejak ia diadakan pada 1991 dengan dikunjungi kira-kira 15,000 pengunjung perdagangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan gembira dengan keadaan ini, semasa beliau bercakap kepada pemberita di MIEC iaitu venue pameran segmen udara, pada Rabu.

"Ini merupakan rekod baru buat LIMA sejak ia pertama kali diadakan pada 1991. Pameran sebelum ini mencatat antara 8,500 hingga 9,000 pengunjung pada hari pertama," katanya lagi.

"Harus diingat, pameran ini masih belum dibuka kepada orang wamai," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada media kerana turut memainkan peranan mempromosikan LIMA menerusi pelbagai sudut berita dan laporan.

Pameran ini akan mula dibuka kepada umum pada Jumaat dan Sabtu.

Beliau berkata, kira-kira 350 wartawan dari dalam dan luar negara telah mendaftar di pusat media LIMA.

Ahmad Zahid menjelaskan tujuh kontrak telah ditandatangani oleh pelbagai pihak setakat ini dan dijangka lebih banyak akan dimeterai sehingga LIMA berakhir Sabtu ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan