Lebih Banyak Syarikat Malaysia Diharap Kembang Potensi Di Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa lebih banyak syarikat Malaysia supaya meneroka pasaran luar negara dan mengembangkan potensi melalui kerjasama dengan syarikat asing yang terlibat dalam pelbagai sektor utama seperti teknologi, minyak dan gas.

Katanya, bidang-bidang tersebut berpotensi besar dengan pasaran mencecah bilion ringgit di seluruh dunia dan merupakan antara bidang yang dikenal pasti dapat membantu negara mencapai objektif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Langkah Kumpulan Sapura, katanya yang bekerjasama dengan syarikat Australia dalam pengeluaran Kenderaan Operasi Kawalan Jauh (ROV) dan pesawat tanpa pemandu (UAV) melibatkan penggunaan teknologi tinggi, umpamanya adalah merupakan satu manifestasi kejayaan sebuah syarikat Malaysia di luar negara.

"Sapura sudah terkenal salah satu syarikat peneraju dalam beberapa sektor, terutamanya minyak dan gas. Jadi kita yakin dengan adanya syarikat Malaysia yang berkemampuan seperti ini sektor ini akan bukan saja berkembang tetapi menjadi penyumbang utama bersama-sama syarikat lain yang sudah ada tertubuh yang melibatkan diri dalam sektor ini."

"Ini kerana kita mahu dalam tempoh 10 tahun akan datang, 12 bidang utama ini jadi pemangkin, peneraju kepada ekonomi negara kita dan salah satu bidangnya ialah minyak dan gas," katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Total Marine Technology (TMT) yang dimiliki sepenuhnya oleh SapuraCrest Petroleum Berhad di Bibra Lake, dekat sini pada Rabu.

Yang turut hadir mengiringi Muhyiddin dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Datuk Seri Shahril Shamsuddin.

TMT merupakan pengeluar Kenderaan Operasi Kawalan Jauh (ROV) dan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dibekalkan kepada pelbagai industri terutama minyak dan gas serta pertahanan.

Melihat Sapura sebagai sebuah syarikat tempatan yang berpotensi, Muhyiddin berharap dengan terjalinnya hubungan strategik antara pengusaha Australia itu boleh menambah nilai kepada bidang-bidang yang akan diterokai kedua-dua syarikat pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Shahril berkata kerjasama antara kedua-dua syarikat berkenaan, yang turut melibatkan penyelidikan dan pembangunan, dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran tenaga kerja di syarikat berkenaan khususnya dan di Malaysia amnya.

"Matlamat utama kita ialah untuk mengambil alih kemahiran teknologi supaya kita boleh menggunakan teknologi bagi kegunaan bahagian lain kumpulan syarikat itu dengan menghantar orang kita ke Australia dan mendapatkan latihan, pendedahan dengan syarikat minyak utama dan menghantar mereka balik ke Malaysia. Ini dapat meningkatkan tahap kemahiran dan pendedahan bagi para jurutera kita," katanya.

Pada masa ini, Sapura telah melabur kira-kira AS$200 juta di dalam syarikat berkenaan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan