Kerajaan Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kerajaan Pusat sudah bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pantai Timur bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, ia dijangka berlaku antara 11 hingga 14 Dis dan 25 hingga 28 Dis ketika air laut pasang yang disertai ombak besar.

"Kita sedang bersiap sedia untuk banjir gelombang kedua ini dan akan terus memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat dengan pemindahan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan ihsan kepada 127 mangsa bencana banjir 2011 dari jajahan Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh, di Sekolah Kebangsaan Pak Badol, di sini, Khamis.

Selepas majlis tersebut, Nazri menghadiri taklimat persediaan menghadapi banjir gelombang kedua di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Baharu.

Nazri berkata, kerajaan mulai tahun ini memperketat syarat pemberian bantuan iaitu hanya mereka yang disahkan berpindah ke pusat pemindahan sahaja layak menerima bantuan wang ihsan itu.

"Ini supaya bantuan yang diberikan kerajaan itu tidak disalahgunakan dan sampai kepada kumpulan sasaran," katanya, sambil tidak menolak kemungkinan berlaku ketirisan sebelum ini oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap bantuan itu.

"Kerajaan tidak mengabaikan tanggungjawab dalam menolong rakyat walaupun ia merupakan takdir Allah SWT," katanya.

Dalam kejadian banjir gelombang pertama di Kelantan pada 22 hingga 23 November lepas, 3,930 orang daripada lebih 1,000 keluarga di lapan jajahan di negeri itu dipindahkan ke 43 pusat pemindahan.

Banjir itu meragut enam nyawa termasuk dua di jajahan Bachok, masing-masing seorang di jajahan Kota Baharu, Machang, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Kesemua mayat mangsa ditemui.

Dalam perkembangan lain, Nazri yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno (MT) berkata kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya menyalahkan kerajaan Persekutuan kerana kegagalannya melaksanakan hukum Hudud di negeri ini.

Beliau mendakwa isu itu sengaja ditimbulkan secara bermusim apabila tibanya pilihan raya untuk menarik sokongan rakyat.

"Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sepatutnya tidak menyalahkan kerajaan Pusat apabila gagal melaksanakan hukum itu kerana mereka diberi peluang lebih 20 tahun jika mahu melaksanakan undang-undang jenayah syariah itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan