Jentera Pemasaran Promosi Produk Pertahanan Negara Diwujud Pada Februari

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Satu jentera pemasaran yang berperanan mempromosi produk industri berkaitan pertahanan dari negara ini akan diwujudkan selewat-lewatnya Februari tahun depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.

Katanya, "special purpose vehicle" (SPV) bahagian promosi khas yang akan dibentuk itu akan menyelaras pemasaran aset dan perkhidmatan daripada syarikat industri berkaitan pertahanan untuk memasuki pasaran antarabangsa.

"Ia sesuai dengan keputusan yang telah dibuat dalam Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan (MIDES) dua bulan lalu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak, memorandum persefahaman (MoU), surat setuju terima (LOA) dan surat niat (LOI) sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.

Beliau berkata, suntikan modal bagi penubuhan jentera pemasaran itu tidak menggunakan modal kerajaan tetapi daripada pemacu industri.

Menurutnya, SPV itu akan dimiliki oleh ahli-ahli MIDES yang merupakan syarikat berkaitan dengan industri berkenaan dan tidak timbul isu wang kerajaan digunakan.

Beliau berkata, dengan adanya SPV itu, syarikat yang berlibat dalam industri berkaitan pertahanan akan berada di bawah payung SPV berkenaan ketika mereka menyertai sebarang promosi di luar negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, LIMA kali ini tidak menumpukan kepada pembelian aset tetapi lebih kepada kerjasama pintar antara syarikat prinsipal dan syarikat tempatan.

"Ia juga meneroka potensi untuk menjalin kerjasama dalam industri pertahanan untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Ini pendekatan baru terutama dalam merelisasikan dasar yang ditentukan oleh Majlis Aeroangkasa Negara.

"Ini kerana dalam bidang MRO (penyenggaraan, pembaikan dan pemeriksaan) sahaja kontrak yang kita tandatangani, dalam bidang aeroangkasa kita dapat pertukaran wang asing RM1.9 bilion manakala dalam bidang maritim kita perolehi tukaran wang asing RM2.3 bilion," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh 20 tahun lalu sejak LIMA pertama diadakan pada 1991, industri pertahanan, keselamatan dan penguatkuasan mula menjana pendapatan yang tinggi buat negara walaupun tidak begitu kritikal dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Hari ini, sebanyak lapan kontrak, lapan MoU, tiga LOA dan tujuh LOI dimeterai melibatkan nilai lebih RM2.3 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan