Google Umum Carian Dalam Talian Terbanyak Di Kalangan Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Google pada Khamis berkata carian yang paling pantas meningkat melalui google.com.my bagi tahun ini ialah facebook, angry birds dan program realiti TV Maharaja Lawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata program Amerika, Next Top Model, X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan rancangan TV yang paling banyak dicari tahun ini, manakala iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid adalah carian berkaitan teknologi yang paling popular.

Bagi carian mengenai individu, penyanyi dan penggubah lagu Bruno Mars mengungguli senarai yang termasuk bintang muzik antarabangsa Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber, yang wajah masing-masing menduduki tempat teratas dalam senarai carian imej paling popular.

Warga Malaysia yang paling pantas meningkat dalam carian ialah Cikgu Shida, yang mengumpul pengikut yang besar dengan nyanyian bisunya mengikut lagu-lagu sukaramai tempatan dan antarabangsa.

Warga Malaysia lain dalam senarai ialah penulis blog muda Fatin Liyana dan Haniz Zalikha, ahli politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim dan pereka tudung muslimah Hana Tajima.

Destinasi perjalanan antarabangsa terkemuka yang dicari melalui Google.com.my ialah Kowloon/Hong Kong, pulau Su Mei dan Phuket (Thailand), diikuti oleh Bangkok, Maldives dan Disneyland Hong Kong.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof, berkata 'Zeitgeist' (perkataan Jerman bagi "semangat semasa") akhir tahun Google itu yang diperoleh melalui kajian carian yang diterima oleh Google setiap tahun merupakan pengukur budaya yang mendedahkan segala-galanya yang membuat orang teruja, ingin tahu atau semata-mata mahu mengetahui lebih banyak.

"Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa hinggalah kepada budaya popular, sukan dan segala-gala di antaranya, trend carian mendedahkan apa yang secara kolektifnya ada dalam fikiran rakyat Malaysia," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan