Blueprint Pelancongan Langkawi Perlu Sokongan Penduduk Tempatan:Najib

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sokongan daripada rakyat Langkawi secara menyeluruh amat diperlukan bagi menjayakan inisiatif yang terkandung dalam Blueprint Pelancongan Langkawi yang dilancarkan pada Khamis.

Perdana Menteri berkata tanpa sokongan penuh rakyat, hasrat untuk melihat Langkawi bergerak ke arah yang lebih baik mungkin tidak akan kesampaian.

"Pelan ini akan membawa perubahan yang besar kepada rakyat Langkawi. Ia akan bawa lonjakan kepada masa depan Langkawi," katanya dalam ucapan ringkas pada majlis perasmian tapak projek Kilim dan Pusat Discovery Geopark di jeti Kilim di sini pada Khamis.

Beliau berkata inisiatif-inisiatif yang terkandung dalam pelan terperinci itu bukanlah hanya sebutan berbaur politik, sebaliknya merupakan janji kerajaan kepada rakyat Langkawi.

Katanya, janji itu diterjemahkan dalam bentuk perancangan teliti dan sistematik yang disokong peruntukan sebanyak RM420 juta seperti diumumkan dalam belanjawan 2012 yang dibentangkan Oktober lepas.

Najib berkata, apabila transformasi yang bakal dilakukan itu berjaya, ia bukan sahaja akan menjadikan Langkawi lebih maju, malah seluruh penduduk akan mendapat manfaat daripadanya.

Pengurus Perancangan dan Pembangunan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Dr Noor Yazan Zainol berkata, projek Kilim dan Pusat Discovery Geopark merupakan sebahagian daripada inisiatif yang terkandung dalam Blueprint Pelancongan Langkawi itu.

Projek membabitkan kawasan seluas 3.84 hektar itu menumpukan kepada empat projek utama iaitu menaik taraf kemudahan di jeti Kilim dan kemudahan di kawasan paya bakau, pengalihan kemudahan nelayan di jeti dan Discovery Centre.

Noor Yazan berkata, Discovery Centre akan berfungsi sebagai arkib serta pusat rujukan mengenai geopark di negara ini khususnya di Langkawi.

"Pengisian pusat ini akan diterapkan dengan segmen geologi, flora dan fauna, sosio budaya dan antarabangsa," katanya.

Projek yang akan bermula Februari tahun depan itu bernilai lebih RM20 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan