Asean Wajar Tangani Perbezaan Jurang Digital Di Kawasan Luar Bandar:Rais

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAY PYI TAW: Penggiat telekomunikasi Asean digesa memberi perhatian terhadap akses teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di kawasan luar bandar di negara anggota masing-masing.

Dalam membuat gesaan itu pada Mesyuarat Menteri-Menteri Teknologi Maklumat (Telmin) di sini hari ini, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata usaha menangani jurang digital adalah isu yang sangat penting dan merupakan cabaran besar untuk Asean.

"Banyak yang perlu dilakukan untuk penduduk di kawasan luar bandar jika rantau ini mahu meraih manfaat sosial dan ekonomi yang dibawa oleh OCT," kata Rais yang bakal melepaskan jawatan Pengerusi Telmin, semasa berucap pada majlis pembukaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Myanmar.

Sepuluh Menteri Telekomunikasi Asean - Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - hadir pada acara itu. Mesyuarat itu dirasmikan oleh Presiden Myanmar Presiden Thein Sein.

Rais berkata, kerajaan Malaysia memperakui masalah itu dan mengambil langkah bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi dan ICT tersedia di setiap pelusuk negara.

Antara langkah yang diambil ialah pengedaran satu juta netbook 1Malaysia kepada pelajar miskin dan isi rumah berpendapatan kecil, penubuhan Daerah Digital, Pusat Jalur Lebar Komuniti dan pusat sumber di seluruh negara.

"Selari dengan Pelan Induk ICT Asean 2015 (AIM2015), objektif program yang dijayakan di Malaysia ialah menghubungkan masyarakat di kawasan yang tidak mendapat perkhidmatan dengan kemajuan ICT perdana, yang memperkasakan mereka untuk menjayakan pembangunan sosioekonomi," katanya.

Dalam ucapannya, Rais juga mengetengahkan enam kejayaan utama sepanjang 11 bulan Telmin dipengerusikan Malaysia.

Ia termasuk menjajarkan semula struktur institusi bagi menampung pelaksanaan pelan induk, memulakan projek koridor jalur lebar Asean, memberi tumpuan terhadap pemakain ICT oleh industri kecil dan sederhana, semakan menyeluruh keranga kekrja perkhidmatan sejagat di Asean, langkah ketara dalam mengurangkan caj perayauan mudah alih dan penubuhan Majlis Tindakan Kselamatan Rangkaian Asean.

Bercakap kepada pemberita Malaysia kemudiannya, Rais berkata kejayaan itu sebahagian besarnya dipacu oleh idea dari Malaysia serta sumbangan kontektual daripada pelbagai negara anggota Asean.

"Semua ini menjadi program kolektif dengan Asean, dan kami yakin bahawa berdasarkan pelan induk yang tersedia ini, anggota Asean akan membuat tindakan susulan," katanya.

Rais memperakui bahawa isu pembiayaan mungkin timbul dalam melaksanakan projek di rantau ini, namun beliau berharap negara anggota dapat mangatasinya bagi menjayakan projek terbabit.

Bagi menangani jurang digital di kawasan luar bandar, beliau berkata pendekatan terbaik ialah setiap negara menggunakan modus operandi yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

"Yang pentng kita perlu menghubungkan kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Jika modus operandi Malaysia berguna untuk mereka, mereka boleh mengkajinya.

"Namun setakat ini dengan hampir 63 peratus penembusan dalam negara, kita sudah mencapai tahap keyakinan bahawa ia boleh menjadi contoh kejayaan di negara anggota yang lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan